Wednesday, March 7, 2018

Be Cool

Related image



Huih! sudah tahun baru, dah bulan tiga pun. cepatnya waktu berlalu! panic attack? no laa..

dah lama tak update blog, laptop problem sedih rasanya. ini pun baru balik dari 'hospital' tapi keyboard still not functioning well. terkedek-kedeklah aku typing. hahahaa... disebabkan aku terlalu gian nak menulis dan penulisan je satu-satu cara aku melepaskan apa yang terbuku dihati, gagah jugalah aku taip dengan bantuan on screen keyboard.

so how am i doing?
tragik sikitlah cerita aku. haha.. tak pernah tak tragik. before this, aku ada bagi tahu yang aku stuck in the middle of nowhere, can not find my track to other destination. macam fuel tiba-tiba habis dekat tengah gurun. Then i found back the track, masa tu rasa bersyukur sangat sebab aku umpama telah lama 'mati'.

namun, Allah adalah sebaik-baik perancang. plan yang aku buat terpaksa ditangguhkan atas sebab kesalahan bodoh yang aku buat sendiri. mula-mula frustrated giler tapi bila sedar... aku tabahkan juga hati. cuba menjadi positif, sepositif boleh. well, lama-lama aku terima dengan redha. aku tak boleh marah orang lain, mana mungkin aku salahkan takdir kerana takdir itu perancangan Allah. berpeganglah kepada Qada & Qadar.
Image result for be cool quotes
                     mama pesan;
Sabar. Rezeki tidak pernah salah alamat.

haa! apa ingat jodoh je tak salah alamat?!

ini bukanlah pertama kali plan aku tak menjadi. dari zaman aku sekolah menengah lagi plan yang aku buat selalu berubah. masa tu aku plan nak ambil art sebab aku tak suka belajar sains tulen tapi pengetua masa tu tak bagi tukar & setelah bincang dengan kaunselor, aku dinasihatkan untuk terus kekal dalam sains tulen. walupun keputusan SPM aku tak berapa bagus la (untuk student sains tulen) & permohonan aku untuk ambil interior design pun tak kesampaian. aku terima dengan hati yang terbuka.

HEY! kenapa nak sedih? apa yang berlaku ada hikmahnya (aku tahu ayat ni cliche) '

Alhamdulillah aku dapat tourism management & aku banyak belajar dari situ. bukan dari satu sudut pelancongan tetapi meliputi segala aspek yang berkaitan. contohnya ; ekonomi dalam pelancongan, pentingnya penjagaan alam sekitar untuk pembangunan pelancongan dll. bukan setakat dekat dalam negara termasuk juga luar negara. serba sedikit aku tahu kenapa budaya di setiap negara tu berbeza dan apa kaitan itu semua dengan sejarah

SEE THAT! perubahan plan ada membawa hikmah dalam kita tak sedar (untuk aku; ilmu)

Apa sebenarnya aku nak cuba sampaikan? adakah tentang kegagalan aku? kelemahan aku? atau kejayaan aku keluar dari belenggu?

aku cuma nak berkongsi; kegagalan di plan pertama, tidak bermakna impian kita tamat dekat situ. ya, aku sedih dan kecewa setiap kali plan aku tak menjadi. semuanya fail! stress almost every day. bila fikir balik, sampai bila nak stress tanpa berbuat apa-apa? fikir tentang stress tak selesaikan masalah. apa yang berlaku, kita telan ajelah


Related image

tak semua orang senang bangkit dari kegagalan. lain orang lain caranya untuk menyembuhkan luka. cehh macam terluka sebab putus cinta je. tapi jangan jadikan alasan untuk kekal tidak bergerak takut nanti jadi penyakit, ye tak?

bila sesuatu yang kita plan berantakan (tak jadi), jangan panik. makin panik, kita tak dapat berfikir secara rasional. take your time to cool down & take a deep breath. tak semua masalah boleh selesai on the spot (melainkan terdesak). lepas itu, kita plan semula, kali ini plan a better one. jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain. setiap orang ada kekuatan yang berbeza dan anggap saja itu rezeki dia. terima apa pun yang berlaku atau akan berlaku, dengan hati yang terbuka.

aku sendiri tak sempurna. ada tikanya juga terhenti di situ, mengalah untuk terus mati. saat aku menulis ini, aku juga sedang membahaskan diri sendiri. aku suka menulis kerana dengan itu aku sedar, aku juga melakukan kesalahan. dengan ini aku lebih berhati-hati untuk bertindak dan tidak ulangi perkara sama.

anyway what come next, just be cool.


Image result for be cool quotes