Tuesday, December 25, 2012

19. 12. 2012 & Shopping with Mom

Assalamualaikum Para Manusia serta manusia dan Manusia..

bagi Batch 97 mereka sudah mengetahui tentang tarikh 19.12.12 . TARIKH YANG MEMBUAT AKU SEPARUH GILA *hukhukhukk* . Result PMR keluar ler kan..~~

19.12 ..aku pergilah sekolah nak ambil result. result keluar pukul 11 tapi aku lambat datang coz mama pergi klinik. mata mama kena infection (kesian mama T,T tapi doktor bagi MC dua hari. hehe). Dalam pukul 11.30 baru aku sampai sekola (aku dah panik masa tu..hukhukk) . aku pergi ke kantind tanpa ditemani mama (sedih giler masa tu) tapi aku faham la mama tak dapat naik ke kantin coz mata sakit + aku pinjam kasut flat mama. *hehehe* . nasiblah masa aku sampai tu cikgu tengah bagi taklimat. (huh! selamat) aku nak tahu juga siapa yang dapat Straight A's. kot-kot aku dapat ke (berangan tak sudah..) *hihihihiii* . Cikgu announce 26 students yang dapat Straights A's (mula-mula aku dengar macam 36 ) *pekak* . malang sungguh, nama aku tak ada dalam senarai Straight A's. (aku tak adalah disappointed sangat) *duck face* .aku pun pergilah dekat one of my bestfriend, Yati Mazlan. Aq begitu teruja untuk berjumpa yati coz dia dapat Straight A's~!! (bangga dengan kawan aku)


lepas ucap congrats, peluk, jerit2 (aku tahu gedik tapi dah tak boleh control perasaan masa tu) 




hahaha. memang happy giler masa tu. aku pergilah dekat Pn. Suria. (guru kelas kesayangan aku). Beliau pandang muka aku macam lain macam siap senyuman yang begitu berseri-seri. *meremang bulu roma* . dalam hati aku dah berkira-kira apalah yang tercatat dekat slip aku tu. gementar giler masa tu. 


sampai depan cikgu..beliau pun cakaplah "taniah sabrina, walaupun sains awak B tapi awak dah mampu. lagi sikit jer" . (takpercaya giler masa tu) . bila dah jumpa slip aku...

terkezut aku.. aku dapat 7A 1B .. *jerit macam orang giler* . (kehidupanku bercahaya) *hikkhookk* . aku tahulah 7A1B tu tak adalah seberapa macam 8A tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab sains aku dah kira ok. sebenarnya aku target 6A jer *hehehe* tapi tak sangka boleh dapat 7A. itu yang aku happy & bersyukur sangat-sangat. mama pun happy sebab aku berjaya walaupun hanya sekadar 7A :D . mama lah yang paling over. hahaha. suka tengok mama gembira macam tu :D

Inilah result+sijil yang aku dapat ::







Shopping With Mama

Hari sabtu hari tu (22/12/12) asalnya adlah untuk mencari Samsung Galaxy Tab 2 7.0. actually more to survey the price. tak jangka nak shopping *hihi*. Mama janji nak bagi hadiah kalau dapat 7A/8A. TAPI kalau dapat 7A mesti bawah RM1500. aku pun apa lagi ...beronok-ronok ler. *muehehehe*

We started our day at KFC for breakfast (breakfast dah nak masuk makan tengah hari..hahaha). Misi  meng'survey' Samsung Galaxy Tab (SGT)  dimulakan di Sunway Piramid. kita orang pergi sana coz aku pernah beli handphone kat sana (my hubby Nokia c-3) *kiss* . Puas merayau satu Sunway Piramid (kat level atas tu ler) semua dia orang jual dengan harga 1299. aku tak kisah sangat tapi mama ada survey dekat Alama Sentral, mama kata kat situ murah. so, kita orang quit cari kat Sunway. kononnya nak terus pergi Alam Sentral tapi kita orang melencong, hahaha. kita orang pergi makan aiskrim Baskin Robins. sedapppp~~



sambil makan aiskrim...kita orang pergi tengok baju. aku nak cari varsity baru. yang ada huruf 'S'. aku jumpa warna merah. nak beli tapi bila tengok harga RM149. *semput* ..terus tak jadi aku beli. *hahaha* . mama kata ambik je la. tapi aku cakap tak naklah. (malu2 kucing gitu). haha disebabakan aku malas beli baju just nek beli SGT jer...aku temankanlah mama shopping (kenalah teman dah aku pergi dengan mama) ..adalah dekat 3jam shopping. aku ler yang penat melayan mama. (PA katakn) 

habis dekat Sunway..kita orang pergi SACC MALL Shah Alam.. sebenarnya pergi SACC just untuk makan  Nandos jer. tpiaku terserampak dengan MEGA SALE. perghhh!! Harga beg branded (cth:: Coach, Bonia, Sembonia & apa entah) yang dari RM 700 lebih jadi RM 300 lbih gitu. memang MEGA SALE! hahaha..balik dari Alam Sentral, sempat gak aku beli satu sling bag warna biru. *muehehe*

Lepas makan dekat SACC kitaorang pergi Alam Sentral cari SGT. aku pergi satu kedai cina ni. surveylah harga SGT tu berapa. Cina tu cakap RM 1180 (dia bagi free screen protector,casing original & dia install some file) kalau nak tambah 16GB lgi dia bagi RM1120. mama tanya nak ke tak..??? aku pun terus jawab NAK! murah tu! giler ar kalau tak nak. so, aku pun kasi angkat itu SGT warna hitam. cover warna oren pink. (cover lain tak cantik) . bahagia bila dapat SGT *hehehe* . lepas beli SGT..aku ingat nak terus balik, rupa2 nyer, hurm... mama still nak bershopping. adoiiii..ikut je la. hahaha. akhirnya sampai rumah pukul 9 malam.penat tapi best!!!

*GAMBAR TAK DAPAT DI UPLOAD*
(aku tak tahu kenapa. harap maaf)

P/S ::
tak sabar nak pergi Singapore 
dah nak sekolah :(
sweetnya cerita Mimpi Cinderella
yeayy!! dah beli baju sekolah~!!




No comments:

Post a Comment