Friday, February 8, 2013

Happy Chinese New Year

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia

apa khabar semua?? sihat?? rindu korang ><

hari ni aku nak habaq mai pasal Chinese New Year (CNY). kalau tak silap aku, tahun ni adalh tahun ular...kan?? *kalau salah korang pi lah cari kalender cina, tengok tahun apa....aku malas*. hehehe.. aku ni bukan pandai nau pasal CNY ni...so, aku pun pi lah dekat Prof. Google untuk bertanya tentang CNY.

Here is some info about CNY ::


Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. 
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik,daging salaisosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian nagaatau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.
Mitos

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, diLijiang, Yunnan, China.
Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián () ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional過年Cina Ringkas过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[2][3]



Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika pasaran tahun baru.
Hiasan BungaMaksud
Bunga plummelambangkan tuah
Kumkuatmelambangkan kemakmuran
Narcissusmelambangkan kemakmuran
Bunga kekwamelambangkan panjang umur
Buluhtumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga mataharibermaksud tahun yang elok

[sunting]
Ikon dan hiasan

IkonMaknaIlustrasi
IkanIkan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan lebihan atau simpanan tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu dengan pepatah Cina 年年有餘 (niánnián yǒuyú).[10]
JongkongYuanbaoYuanbao emas (金元宝; jīn yuánbǎo) melambangkan wang dan/atau kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara pertukaran piawaian di China zaman silam.ChinesenewyearSycee.jpg
TanglungTanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung, dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan bentuknya.Red lanterns.JPG
PerhiasanHiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Poster kaligrafi Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dan gurindam.Decoration2.jpg
Tarian singaTarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan perniagaan orang Cina.Seattle ID night market - lion dance 06.jpg
Cai ShenCai Shen (Cina Tradisional財神Cina Ringkas财神) merupakan dewa kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.Fortune.JPG

Gong xi fa cai

"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财; pinyin: gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale):gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk)[21]; manakala dua aksara terakhir ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerismeyang makin penting di kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang berbahasa Inggerissewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa)

.

sumber diatas adalah daripada :: Pakcik Wiki

so, kalau nak pi raya rumah jirang atau kawan-kawn yang menyambut CNY, korang bolehlah bawa bunga-bunga yang seperti dinyatakan. 
bila datangnya CNY pasti adanya limau mandrin. 
bila adanya limau mandrin, datanglah penyakit Sabrina Razak iaitu....
menjadi HANTU LIMAU MANDRIN

hahahhaa....

itulah aku. aku ni memang hantu limau mandrin. kalau orang lain sibuk pasal hantu durian, aku sibuk pasal limau mandrin. aku tak tahu apa yang menyebabkan aku jatuh cintan pada limau mandrin. bagilah sekotak limau pada aku, dalam masa sehari setengah, confirm habis! betapa hantunya aku. hahaha.. sedap apa limau mandrin, rasanya yang manis dan berjus.. mmmm sedap (y) ...waaaaaa *meleleh air liur*

ada limau yang manis, ada limau yang masam. kan?? kalau yang masam tu, kalau makan, meremang bulu roma. masam~!! kena pandai pilih, kalau tak pandai pilih limau...alamatnya, korang telan aje lah limau yang masam tu..hehehe

oklah. sampai dekat sini aje lah story morry aku. maaf kalau ada terkasar bahasa, tersalah taip *korang faham-faham aje lah.  biasalah typo tak dapat di elak* ... 

Aku mengucapkan....

sumber:: Pakcik Google

 limau limau...maaf tinggal ni jer :p

p/s:: 
hari ni budak asrama balik~!! . nnak dengar cerita daripada  budak-budak Sains Semerong & SBPI Selandar
# MRSM dah keluar~!! jeles dengan Faiz & Zamil coz dapat MRSM ><
# Farihan pi umrah. i'm happy for him :)
# esok kelas kimia... -..- malas giler nak datang!!!
# esok mama balik..yeay3
# suka dengar lagu CNBlue- I'm sorry ...so sad T,T

No comments:

Post a Comment