Friday, February 22, 2013

Ini Tidak Adil Tidak Adil Tidak Adil....!!!


 oohhh ini tidak adil! unfair unfair! bukan fun fair! huhuhuu *menanggis tak berlagu* 
 hey guys! apa khabar korang semua di sana, situ, sini, sinun , timur , barat,utara, selatan dan pelbagai lagi tempatlahlah kan.... ok ok...sorry aku gila sikit hari jumaat yang mulia lagi indah dan panas ini. huhuu. no reasons for that 'disease'. maybe aku nervous coz dah nak exam kot...kot. siapa tahukan. 
back to the main point. aku nak cerita tentang ketidakadilan. maybe. not sure. sama ada benda tu adil atau tidak. aku nak korang bagi pendapat. aku nak cerita pasal benda ni sebab, aku dah pendam lama. since aku form 2. start aku kenal budak-budak hot yang selalu meraih undi paling tinggi apabila ada pencalonan untuk menjadi salah seorang dalam organisasi Perstuan, Unit Beruniform dan pelbagai lagi pencalonan yang dianggap 'hot' . ngeeeee~~~
kisah ni berkaitan dengan budak asrama sekolah aku (sekolah aku bukan sekolah top-top. setakat top dekat kawasan daerah jer) walaupun seolah harian, tapi sekolah aku ni sediakan asrama bagi sesiapa yang duduk jauh........asrama perempuan sahaja disediakan.
menjadi kebiasan kepada pelajar-pelajar asrama (termasuk bukan pelajar asrama) untuk berpuak-puak. kuno berbenau ada puak-puak bagai.tapi itulah adalah hakikat apabila bersekolah menegah (sekolah rendah dan tadika tidak terkecuali). adalah pelbagai puak yang ada di sekolah-sekolah ni. ada yang elok, ada yang tak elok. bergantung kepada siapa 'taiko' nyer. dah macma gengster lak. huhuhuuu....
'ketidak adilan' sering terjadi kepada pelajar yang 'innocent'. bulan lepas, setiap kali hari koku yang pertama bagi setiap bdan kelab dan unit beruniform akan membuat mesyuarat agung. agung lah sangat kan. hehe. so, masa itulah ahli-ahli akan memilih mereka-mereka yang akan berada dalam carta organisasi. nama-nama yang akan sentiasa disebut ialah kakak-kakak dan adik-adik yang hot/bahang e.t.c . itu adalh lumrah. yalah....lumrah. bagi mereka-mereka yang berkaliber, tak hot, tak cantik, tak comel, berdedikasi dan pelbagai lagi benda positive yang ada pada mereka....nama merka akan jarang naik untuk menjadi calon. 
selain itu, setelah mereka-mereka yang hot ini mendapat 'mandat' mereka akan jarang membuat kerja kecuali disuruh oleh guru. yang akan selalu menjalankan tugas ialah orang yang cikgu rapat. *sabar....*. so...meamng frust lah kan. macam pagi semalam...sepatutnya semua pengawas perpusatakaan kena ambik semua bahan bacaan daripada pelajar sebelum perhimpunan bersurai, tapi AJK form 4 buat derk jer. adooiii!!  bara hati aku. kawan-kawan aku yang jadi pengawas perpustakaan yang kena berpenat lelah mendapatkan kembali bahan bacaan tu. even, pengerusi sendiri pun kutip benda tu! adoiiiii...memang bara jer aku tengok. 

bagi mereka yang bahang juga akn sentiasa mendapat pencalonan tertinggi. kesian kepada mereka yang tak bahang macam mereka yang bahang. banyangkan, budak-budak yang tak aktif koku akibat masalah sakit....dahlah rumah sukan tak boleh nak sumbangkan markah, pertandingan kebanyakkannya di ambil oleh mereka yang berstatus bahang di fb/twitter/ e.t.c. dalam persatuan & unit beruniform mereka yang 'innocent' tak dapat jawatan. hanya dapat jawatan sebagai ahli biasa dan markahnya adalh 5 *maybe*

unfair or fair?

tepuk dada, tanya iman.

mereka yang hot/bahang ada banyak sebab kenapa mereka boleh jadi macam tu. antaranya, mereka ramai kawan, cantik, dikenali, adik beradik mereka awesome, pakwe dikenali...bla..bla...bla. atau pun mereka banyak masalah displin. (kadang-kadang faktor yang negatif itu pun adalah salah satu punca mereka hot) 

conclusion, kita kena ada ramai kawan....maybe??? atau pun kena update status yang up-to-date dekat fb/twitter/blog....?? any idea???

that all for today. kalau entry ni menyakitkan jantung hati, jiwa raga, salur darah, hempedu, perut dan pelbagai lagi yang sakit....tak payahlah nak simpan dendam dekat aku. coz, aku tulis apa yang aku rasa aku patut luahkan. maafkan aku jika terkasar bahasa dan over sgt hari ni :D

p/s::\
 #hari tu pergi sagil, best giler!!
#ahad ni ada kelas kimia T,T
#mak uda belanja Corneto Black Forest Flirt..huhuhu~~~~
# exam is coming soon. a week for study
#sejarah paper 3 menyusahkan aku

No comments:

Post a Comment