Friday, March 15, 2013

My Dream Come True



cerah sungguh cuaca hari ini :D

Salam Jumaat~! apa khabar you all?? hope semua sihat yer...

aku happy sangat-sangat sebab apa yang aku inginkan tercapai walaupun bukan 100% tapi, aku dah berjaya menapak satu langkah kehadapan, apakah yang aku gembirakan sangat tu??????

Pada 11/3/2013 bersamaan hari Isnin aku...
AKU MASUK PERTANDINGAN DEBAT ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH !!!!

(ceh...ingatkan dapat kereta ferari ke tadi...huhuhuu)

confirm korang fikir macam tu. am i right??? jangan nak membohong yer. *aku selalu buat, memanglah aku blh agak* ...huhuhuuu

aku ni dah lama mengidam *mengidam???...ngeee* nak jadi permbahas (tak sure apa yang sesuai untuk memanggil peserta bahas/debat) heheh. since aku form 1 lagi aku dah start mengidam tapi....tak ada rezeki sebab cikgu mengutamakan untuk budak-budak form 4 and form 5, so aku tak ada chance. BUT this year, Alhamdulillah aku terpilih sebagai pembahas untuk mewakili sekolah dalam peringkat daerah. ini semua berkat kesabaran dan doa :)

macam mana boleh terpilih???

hurm....panjang ceritanya, aku cuba pendekkan. hehehehee

kalau tak silap aku, masa tu one week before exam *tarikh tidak dapat di kenal pasti* bertempat didalam kelas waktu Bahasa Melayu (BM) . Cikgu Roslan *my BM teacher* tanya siapa berminat untuk masuk pertandingan bahas. aku mula-mula nak tak nak. hatiku ini bagai ragu *ewahhhh* . ditambah pula dengan 'anasir-anasir' liar yang cuba mengugat semangat aku untuk menyertai debat. *kurang asam jawa betul!* . pelbagai kata-kata negatif yang dilontarkan kepada aku sehingga semangat aku tercalar sedikit. (dah lah semangat tengah membara, tiba-tiba kena sekali...perghhhhhh. calar babe!!) . nasib sikit jer. namun begitu, aku masih terus melankah mengejar impianku yang telah lama dipendamkan. *ewahhhhhh...ayat* skema -..- . hahaha. pada 6/3/2013 bersamaan hari rabu, Cikgu Wan (my ex BM teacer and the in charge teacher of debate) buat perjumpaan dengan budak-budak yang nak masuk debat. ada 7 orang yang nak masuk. 3 budak form 5 (laki), 4 budak form 4 (pompuan). debat hanya memerlukan 5 orang shaja so, lagi dua orang tu jadi pelapis untuk tahun hadapan (budak form 4 lah yang kena). starting that day, i become a debater*yela kot..huhuu*

DUGAAN??

betullah kata orang, benda yang diinginkan tak semudah yang disangka. banyak dugaan yang dihadapi untuk impian aku ni. rupanya debat ni, bukan senang seperti yang difikirkan. dalam debat..kita perlu peka dengan kata-kata pihak lawan, kena banyak membaca, pandai putar belit ayat dan paling penting semangat! sebab kita kena membidas apa yang disuarakan oleh pihak lawan. tak boleh takut-takut. dugaan pertama yang aku hadapi ialah persiapan yang cukup singkat. *situasi ni pun dah timbul sedikit stress* bayangkanlah, pertandingannya hari isnin, tepat hari kita orang habis exam (11/3/2013). dapat surat tajuk bahas hari isnin, 4/3/2013, masa tu pulak kita orang semua tengah exam. memang stresslah. patutnya, surat tu dapat 2 minggu sebelum pertandingan. kita orang dah dok marahkan PPD sebab bagi surat lambat. itu sebablah perjumpaan diadakan hari rabu, lepas hari rabu, dah tak banyak paper. perjumpaan pun tak lama sebab cikgu ada mesyuarat. cikgu cuma terangkan sikit-sikit tentang debat. hari khamis pun cikgu ada mesyuarat. hari jumaat baru free itu pun one of us ada last paper. tapi itu tak jadi masalah. dalam masa 3 hari, kita orang bertungkus lumus menyediakan isi untuk pendebat-pendebat utama. start hari jumaat lepas pukul 10.20pagi sampai pukul 12.30 tengah hari, kita orang bincangkan isi. then, malam tu pun kita orang stay dekat sekolah. nasiblah masa malam hari jumaat tu, ada budak-budak form 3 yang ada kem kempipinan. so, tak sunyilah. yang keluar malam inilah yang leceh, kena membebel dengan atuk and mama. tahan ajelah... huhuhuu. dekat sekolah dari pukul 8.30-10.30 malam. tak adalah lama sangat. 

debat ni, bukan sekadar isi, huraian, teks, hafal and bla bla bla. debat mesti ada bukti yang kukuh supaya pihak lawan tak dapat nak bidas hujah kita dan supaya kita dapat bidas kata-kata pihak lawan. setiap isi mesti ada bukti, ada contoh. ini boleh mematahkah hujah pihak lawan. yang payah sikit , apabila kita kena mencari bukti. dalam internet ni, tak semua yang dikeluarkan, ada maklumat yang ditapis. kadang-kadang tu *bukan kadang-kadanglah, selalu adalah lebih tepat* cari benda lain, bendai lain yang keluar *kurang asam gelugur punya Pakcik Google* . ini dah boleh mendatangkan stress. dengan bukti-bukti yang ada, semanagat pihak lawan boleh tercalar *ketawa jahat*. kalau dah tak jumpa tu, pandai-pandailah kena fikir. nak bohong tentang bukti bukan senang. kena berani baru nampak real. tapi jangan selalu buatlah, sebab kebanyakkan hakim tahu yang maklumat tu palsu. silap-silpa kena potong markah. *mata ke atas, mulut ternganga*

sepanjang 3 hari dengan jadual yang pack, Alhamdulillah kita orang bersedia. tapi, disangka panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang *ini buka gerimis, hujan, kilat, ribut..macam-macam ada*. Zuhairi berperanan menteri ke-3/ Pembangkang ke-3 , telah accident pada hari ahad malam. spoil..giler! bila aku dengar Zuhairi accident, badan aku terus sejuk, badan aku mengigil *terkejut babe* . kau banyangkan, kita orang baru cerita pasal kadar kematian penunggang motosikal meningkat masa pagi tu dan dalam masa yang sama budak sekolah kita orang ada yang accident pagi tu *tak adalah teruk sangat* , tak sangka dia pun terkena. memang tersentaplah juga masa dengar tu. tapi Alhamdulillah, accident yang dialami tak adalh teruk sampai masuk wad. cuma kepala dan tangan kiri dia kena beberapa jahitan. (macam mana boleh accident??)  biarlah kita orang je yang tahu...

disebabkan Zuhairi accident, maka Azri yang sepatutnya menjadi menteri ke-4/pembangkang ke-4 terpaksa menjadi bidan terjun. dia gantikan tempat Zuhairi. nasiblah...budak. hahaha.. cemas lah juga budak tu. nasib Haziq bagi semangat dekat dia. huh!

MENANG atau KALAH?? 

kita orang telah MENANG.......................................................................................gung kekalahan *baca ayat ini selengkapnya* ...heheheee. kita orang jadi pembangkang. tajuknya mudah tapi kita orang terubah usul (tajuk) . so, memang kalahlah. 

kita orang pun tak adalah sedih sangat. sebab banyak benda yang berlaku. masa yang diberikan amat singkat, bukti yang tidak kukuh, accident.. mmmm. dugaan.. sebenarnya Haziq, Zuhairi & Aziz ada masuk debat tahun lepas tapi Haziq dilantik sebagai menteri ke-4 (tahun ni dia jadi pembangkang ke-2)..tugas berlainan.. *siapa yang masuk debat, dia tahulah* manakala Zuhairi & Azri merupakan pelapis, dia orang tengok perlwanan tahun lepas *kira macam belajar tentang debat* . budak form 4 semuanya first time. tak ada pengalaman. 

kalau diikutkan, kita orang dah tarik diri hari isnin hari tu, tapi Haziq pujuk  Cikgu  Rafeah (second taecher yang in charge for debate)untuk teruskan walau apa pun terjadi. kita orang dah buat macam-macam untuk hari perlawann, tiba-tiba nak mengalah sebabkan masalah itu jer? sungguh memalukan! sekurang-kurangnya kita orang kalah dengan penuh maruah! 

KALAH MENANG ADAT PERLAWANAN. ADA REZEKI CUBA LAGI

Gambar-Gambar::


aku nak share sikit gambar yang aku sempat tangkap masa latihan and beberapa jam sebelum perlawanan. tapi tak banyaklah gambarnya. sikit jer...



ini masa hari sabtu. yang tengah pegang Tab tu Azri, yang belakang tu Zuhairi *budak accident* (nama gelaran yang aku bagi)..huhuhuuu

ini hari ahad. lepas stress sakat Azri, memang bestlah! haha. yang baju kuning tu Haziq


sambung buat kerja balik bila dengar cikgu wan menjerit dekat budak kadet polis. huhuhuuu *ambik kau..*



hari isnin. tengah tunggu Pakcik Tahir (driver van asrama) untuk hantar kita orang ke SMK Tun Syed Zahiruddin  (TSZ)

Dalam bilik kaurintin lepas perngundian. kita orang dapat PEMBANGKANG. Haziq mimpi kita dapat kerajaa, namun , sebaliknya. sebelum pengundian, aku bagi tahu dia, kalau kita dapat pembangkang, aku kendurikan dia, buat masak lomak ke. huhuhuuu *joke jer*
Ini Mariam. tengah sibuk main twitter. nasiblah budak ni boleh masuk bilik kaurintin

ini ANis, tengah sibuk fikir pasal celahan. pembangkang ke-5 *ganti tempat Azri*
Nadia sebagai ketua pembangkang sedang menghafal skripnya. mariam tukang check

YB Azri ....hahaha. ada rupa ke??? budak ni memang suka bergambar -..-

Anis & Azri. Pembankang ke-5 & Pembangkang ke-3

Haziq sedang menghafal. macam stress je kan


muka cool Haziq & Azri lepas perlawanan.




Anugerah yang kita orang dapat. Sijil Penyertaan & pingat Saguhati



APAKAH PERASAAN ??

kita orang cool jer. boleh siap bergambar dengan budak SMK  Iskandar Shah (pihak lawan kita orang). boleh puji-puji. mintak fb. dah macam kawan. hahaha...relax sudah~~ habis jer perlawanan kita orang semua pikir pasal makanan. tak fikir pun pasal kekalahan tu.kita orang semua dah lapar. tu jer. hahahaa...lawak pun ada jugak.

Aku suka aktiviti macam ni. aktiviti ni, boleh merapatkan silaturahim. yang senior dapat kenal yang junior dan sebaliknya. macam Haziq, dia tu ketua pelajar (ketua pengawas) sekolah.  kalau tengok hari-hari muka serius jer. takut juga aku tengok. tapi bila dah satu group dengan dia, rasa macam aku bukan dengan ketua pelajar, rasa macam kawan dah lama kenal. cakap dengan dia pun aku guna 'kau-aku'. bukanlah aku nak menunjukkkan yang aku ni kurang ajar tapi dia pun ber'kau-aku' , dengan aku. sebenarnya,kurang senang nak  panggil  abang bagai ni..*meremang bulu roma*. akhirnya ber'kau-aku' dengan Azri & Zuhairi sekali. seriously , kita orang dah macam kenal lama. siap boleh sakat-sakat bagai. memang awesomelah budak-budak form 5 ni. mungkin sebab aku sentiasa ada jer bila latihan dan paling lama duduk dengan cikgu Wan & dia orang bertiga (the boys), itu yang aku boleh rapat dengan mereka.  mereka ni ada sense of humour. walau pun muka stress tapi mereka pandai melawak. best!!

malangnya, semua tu sementara jer. masa latihan jer. bila dah habis perlawanan, masing-masing buat hal sendiri. dia dengan diri dia. ada yang bertegur, ada yang tak. hurmm..pelik bukan *duckface* ...? aku nak tegur?? aku perempuanlah. tak manis orang pandang. tatasusila kena jaga juga, right?? 

so..that's all for today. kalau ada typo tu, faham-faham je la. kalau tak puas hati....istighfar banyak-banyak. 

P/s::

#aku dapat 4A 2B 3C 1D 1G (first time ada gagal..huhuhuu)
#ohhh...cuti sekolah cepatlah mali. tak sabar nak pergi PD ><
#waahhhhh...banyaknya homework T,T *nangis*
#mama, i miss you!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment