Friday, April 26, 2013

Hang Out With Mama


Yoyo & Cici Emoticons 142

hey guys! apa cer?? sihat?? sedih?? happy?? muram??
kalau banyak sangat perasaan tu, cubalah luahkan. hohohoo...*itupun kalau benda tu membebankan otak hang pa semua* ..harap anda semua taklah stress sampai boleh buat hampa semua masuk Tanjung Rambutan.. hehehe

Aku sejak nak exam ni selalu under depression. memang stress giler! perghhhhh.... ni nak MID-YEAR EXAM belum lagi FINAL YEAR EXAM! adoyaaiiii memang tak tahulah jadi macam mana nanti. buat yang terbaik je la~~~ huhuhuuu

Panjang nau membebal aku kali ni (tadi loghat utara ni datang lak loghat Melaka...jangan marah yer) .... huhuhu. Minggu lepas mama balik sini. *happy lah tu* memang happy pun *blingbling* hehehhe. siapa yang terseronok tengok mak?? habaq mai kat ceq sikit...boleh ceq bagi penampau jer! huhuhuuu...

Bila mama balik, memang rutin aku ajak mama jalan-jalan. hehehe. part ni yang best. aku kalau dah stress tak suka duduk rumah, bertambah stress jadinya! so, aku ajak mama pergi jalan-jalan. yang mnjadikan kisah kami lagi best adalah ayah busy sikit minggu itu sebab nak buat preparation untuk event minggu ni (esok). So, aku dengan mama je la yang pergi berjalan tu. WOHOOOOO!!! memang best giler!. bila perempuan dengan perempuan keluar...huhuhuuu...tiada gangguan!


mula-mula ingat nak pergi nak Dataran Pahlawan atau Mahkota Parade tapikan....mama nak pergi Bonia. huhuhuu. pergilah juga AEON Bandaraya. aku tak kisah pun sebenarnya tapi kempunanlah juga sebab tak dapat nak beli biskut Famous Amos. kedai Famous Amos ada dekat Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade jer. sedih giler...huhuuuu.

Sampai jer dekat AEON Bandaraya kita orang tengok movie. cerita Hantu Raya Tok Chai. memang lawaklah. bila gelak-gelak...hilang gak stress ni. cerita tu genre Seram & Komedi. bila sampai bab seram...mamalah yang menjerit bagai nak rak! satu panggung dengar suara mama jer. *bingit telinga  aku di buatnya!* 


ini part yang aku suka masa dalam cerita tu. lawak....hahahaha

sebelum wayang tu start, kita orang pergi beli Power Bank. mama punya battery hendphone tu cepat mampos! orang business. lepas tu pergi cari cover baru untuk Tabby (Galaxy Tab). ini yang kurang sikit ni....patutnya cover untuk aku tapi mama yang beli cover untuk dia. adoyaaiiiii....apalah nasib. disebabkan nak memuaskan aku, kita orang pergi kedai lain cari cover Tabby. aku ni pilih cover macam pilih kasut! *bukan baju ke??* baju aku tak kisah sangat. tapi kalau bab kasut, kalau tak berkenan memang aku mencari sampai berkenan. hehehehe....*mak borek, anak rintik*

see this my baby dapat baju baru Yoyo & Cici Emoticons 91

warna hijau~!!



after tengok wayang, perut pun lapo. hehehe.. keluar rumah, belum makan lagi. aku tengah teringin nak makan Pizza Hut. huhuuu dah lama giler tak makan. *siapa jer nak bawak aku pergi makan Pizza* huhuu..tertunai satu hasrat

mamma mia...sedap uwwww

nak dilanjutkan cerita, ingat nak pergi Popular lepas makan, tiba-tiba mama terserempak dengan kedai Bonia! perghhhh.... duduk dekat Bonia jer dah nak dekat SEJAM!Yoyo & Cici Emoticons 87  mama nak beli handbag baru *pengumpul handbag katakan* . bila dah dapat handbag yang di inginkan selepas 45 minit pelbagai testing. aku dengan kakak sales girl tu pun dah kamcing! adoiiiii... ayah tak tahu mama nak beli handbag baru so mama nak ambil hati ayah, mama belilah bag untuk ayah. mula-mula nak beli baju, tak jadi sebab taku ayah tak minat. pilih untuk ayah jer dekat 30 minit. lenguh kaki aku Yoyo & Cici Emoticons 52

untuk mengubat hati aku yang luka dan berdarah bak di toreh dengan pisau tajam...*hiperbola sungguh* aku ajak mama beli Takoyaki and Sushi!! my favorite Yoyo & Cici Emoticons 146

dua bungkus Takoyaki aku makan Octopus dan Chicken&Cheese . Sushi aku kongsi dengan adik-adik aku. sedap uwwww

masa keluar daripada AEON Bandaraya dah pukul 7 malam. steady lagi. hehehee. next stop is Jakel. nak beli kain buat baju raya. kali ni semua nak sedondon *lelaki baju melayulah, bukanlah makna sedondon semua baju sama...*  lamalah juga dekat sana dalam satu jam juga. sebenarnya kejap jer tapi kain yang kita orang nak tu tak cukup meternya *badan semua comel-comel!* 

Habis dekat Jakel, singgah dekat Seven Eleven jap. mama teringin nak makan Magnum. ala...mama beli Magnum Strawberry itu pun aku punya sebab mama nak rasa jer.. *ngeeeee...mama ni* Yoyo & Cici Emoticons 112


akhir sekali, kita orang balik rumah kena membebel sebab balik lambat. hehehe... Keluar pukul 11.45pagi  balik pukul 9.50 malam. memang ler...heheheh

Itu jer story morry aku hari ini, kalau nak tahu apa lagi  kisah-kisah aku, tunggulah lagi semiggu

p/s::

 minggu depan exam...ohhhh tidakkkkkk!!!! Yoyo & Cici Emoticons 214

 aissshhhh stressnya nak exam Yoyo & Cici Emoticons 143 *umpama ada bengkak di kepala*

 ahad kelas..hurmmmm


Yoyo & Cici Emoticons 24

No comments:

Post a Comment