Sunday, November 3, 2013

Puisi


i'm back ! i'm free ! wohooooo!! happiness crazy rabbit
tak adalah completely 100% free but...bolehlah coz exam pun dah over. hehehehe. tapi tahun depan ada lagi besar menanti. what? SPM ! drama crazy rabbit  itu kita lupakan sekejap. migrain otak aku laaaa !! nah crazy rabbit

aku nak start bercerita ni.. cik sabrina dah start nak buka cerita..dengar naaa....

aku tak tahulah nak klasifikasikan benda yang akan hampa semua baca sebagai puisi or else. so... enjoy it blush crazy rabbit

Awan


belas ihsan :: Google.com

Kalau boleh di ibaratkan hidup ini bagai dilitupi awan,
akan ku ibaratkan hidup dia begitu.


Dia,
seorang gadis
mungkin juga
seorang jejaka.


Dia,
umpama seseorang yang
berada dibawah
litupan awan...


Awan..
yang gelap
yang menakutkan
yang menyakitkan
yang menyedihkan.


Hidupya,
Gelap.


Jiwanya,
Sengsara.


Hatinya,
sakit.


Matanya,
dibanjiri air mata.


Dirinya,
Sunyi.


Tiada siapa tahu.
Tiada siapa kisah.
Tiada siapa kasihan.


Rahsia.
Terlalu banyak rahsia,
dalam dirinya.
Rahsia itu,
hanya dia sahaja yang tahu.


Pengorbanan.
Terlalu banyak pengorbanan
untuk kebahagian
orang lain
bukan untuk dia.


Sakit.
Terlalu banyak kesakitan yang dipendam
dan berharap agar tidak menjadi,
dendam.


Andai dia bisa berlari.
Andai dia bisa terbang.
Andai dia bisa beritahu...


Beritahu satu dunia tentang
apa yang dia alami
apa yang dia korbankan
apa yang dia inginkan
Dia ingin begitu.


Namun,
sayang...dia tidak mampu.


Dia tidak boleh lari dari masalah.
Dia tidak boleh terbang jauh dari segala yang terjadi.


Dia hanya mampu...
kuatkan diri
tabahkan hati
sabar sendiri
untuk
melihat kebahagian orang lain
orang yang disayangi.


Dia rela berkorban.
walau,
mereka tidak pernah tahu
mereka tidak pernah hargai
mereka tidak pernah peduli.


Dia hanya inginkan
kebahagian mereka
senyuman mereka.


Awan putih,
mampukah dia miliki?
mampukah dia berada di bawah litupan itu?


Awan
yang penuh dengan kebahagiaan
yang penuh dengan keceriaan.
mampukah?


Dia inginkan itu semua.
Kebahagiaan.
Keceriaan.


Alangkah bisa...


Awan putih itu
litupi dirinya...
-SR-


Aku bukan meniru Fynn Jamal. Karya ni hasil sendiri dari dalam diri aku. daripada pengamatan aku, kisah-kisah silam. idea buat puisi ni sebenanrya datang masa aku on the way balik dari sekolah. aku memang suka tengok awan. tenang. lembut. aku suka. masa balik tu, awan hitam, macam nak hujan. aku perhatikan awan hitam tu bergerak. hitm. aku teringat tentang cerita seseorang. kisah pahitnya. aku cuba kaitkan dengan kisah dia dengan awan. dan .....walllahh..terhasillah idea ni. aku dapat idea tu hari rabu tapi aku tak tulis. hari jumaat aku baru tergerak nak tulis. 

p/s ::
image Tak sabar nak cuti !  
image takutnya result nak keluar
image hoping for the best
image GOOD LUCK to ALL SPMs' CANDIDATES 

No comments:

Post a Comment