Monday, February 3, 2014

Puisi : Persoalan CInta




aku tahu tajuk soal cinta & perasaan ni mesti korang ingat aku ni, putus cintalah, dapat bf baru lah or ada crush handsome ler and so on. whatever lah yer. lantak pi la siapa nak pikiaq gitu. 

aku ni sebenarnya nak sampaikan satu puisi soal perasaan. bukan aku yang ada perasaan. puisi ni aku buat sendiri --- ©SabrinaRazak --- kena buat coz nanti ada orang kata aku ciplak. Puisi ni datang bukan dari hati tapi datang dari pengamatan aku. macam mana aku tengok orang tu masa bercinta, masa putus cinta and pelbagai lagi. dan semua tu menjadi persoalan dalam diri aku. kenapa? mengapa? 

selain pengamatan aku, diri sendiri menjadi rujukkan. pengalaman, perasaan yang penah aku lalui masa bercinta cintun...dulu. hahahaha. rasa mcam dah tua lak. erghhh.

Selain itu, idea buat puisi ini juga *macam buat ringkasan lak* datang secara tiba-tiba. aku tengah syok layan lagu jiwang masa buat homeworks --- radio sekarang asyik main lagu jiwang jer, pelik aku. aku buat homework memang dengar lagu. tak adalah sunyi sangat and mengantuk. disebabkan radio asyik putaukan (putarkan) lagu jiwang tu, se cara spontan aku terfikir--
 ADA APA DENGAN CINTA SEHINGGA SEMUA ORANG ASYIK BERKATA TENTANG CINTA? 

di situlah aku mula mengarang dalam otak. dia bukan datang secara drastik. hari ini satu rangkap esok satu rangkap sampailah aku 'muntahkan' segalanya.

hope korang fahamlah yer apa aku cuba sampaikan 

selamat memuntah :p :: 

PERSOALAN CINTA

Ada apa dengan cinta
sehingga kau
tersenyum bahagia
walaupun cuma
sekuntum mawar merah
dititipkan?

Ada apa dengan cinta
sehingga kau
tertawa keriangan 
walaupun cuma
sebaris madah 
diutuskan?

Ada apa dengan cinta
sehingga kau
menangis keperitan
walaupun cuma 
satu perpisahan? 

Ada apa dengan cinta
sehingga kau
menggadaikan segalanya
walaupun cuma
satu perasaan?

Ada apa dengan cinta
walaupun kau tahu
hati kau telah terluka
perasaan kau telah berderai
diri kau telah derita 
namun
kau masih menagih cinta?

Ada apa sebenarnya dengan cinta?

Adakah benar bagai
apa yang dikatakan...

Cinta itu buta?

Atau

Kau yang buta kerna cinta?

-SR-


©SabrinaRazak

No comments:

Post a Comment