Saturday, May 31, 2014

My Stress Treatments




hey guys! lamanya tak ber-blog-ing ! malas sejujurnya. hahahha. tersangat malas. apa yang rajin? tengok movie rajinlah. hahhahahaaaa.



i'm too lazy. al-maklumlah baru habis Mid-year Exam. lega giler kot. hahah. walaupun keputusan tak seberapa nak agunglah. kena perbaiki lagi. dalam masa itu, aku sangatlah sibuk. 

aku sebenarnya banyak yang nak di ceritakan tapikan............................tak terluah. so, aku ambik alternatif untuk diamkan diri seolah-olah tak ada apa-apa pun. kalau yati tahu ni mesti dia pot pet pot pettt. hahaha. entahlah aku ni. aku ni tak pandai sangat nak bercerita tapi kalau menulis bolehlah. sikit-sikit. kalau tengok title pun "tra-la-la-la" macam "krik krik" ...jauh bezanya sab oiii!!!

oklah. whatever. don't bother 

so, cuti sekolah dah start. lama dah start. aku baru jer start & bakal tamat cuti hari sabtu  ini. why so fast??  tak puas lagi nak bersenang-lenang, angkat kaki atas meja, golek-golek macam beruang dll. kan kan?? tapi itulah. tuntutan kerjaya. nak buat macam mana. ehhh....sejak bila aku kerja ni?? hahha. aku ada tuisyen ar. hari rabu sampai jumaat (semalam,30/5/2014)  aku ada immersion. sabtu ni aku ada kelas addmath. isnin sampai rabu minggu depan kelas kimia, khamis sampai ahad kelas fizik. macam tu la schedule budak nak SPM. haihhhh la nasib. sabo je la den. 

sejak dua menjak ni aku jadi mudah strees tau. aku tak tahu kenapa. semuanya nampak macam salah bagi aku. itu tak kena, ini tak kena. maybe. aku terlalu takut dengan dunia kot. maksud aku, mama asyik kata kalau pasal life kalau SPM tak perfom. indeed. bila akak -akak senior cakap pasal permohonan U la, interviewlah. bila cikgu cakap pasal kerja itu ini. aku jadi macam....WHY EVERYTHING LOOKS COMPLICATED?  aku takut tak perfom. aku takut untuk life goes on. aku takut dengan kebuasan dunia. dunia gila! aku tak nampak apa pun yang menarik tentang being an adult. aku rasa aku terlalu takut. hahaha. dah macam orang gila rasanya.

because of that, i need some treatments.stress bukan benda yang elok untuk di simpan, disayang, dijulang. lama-lama dia jadi parasit yang makan sel kau. sounds creepy right? huhuhuuu. salah satu treatment aku...yang sesuai untuk aku lah. aku tak tahu untuk kau orang macam mana 

  1.  GO FOR HOLIDAY
  • anywhere. yang boleh buat diri aku tenang. boleh buat aku lari dari jiwa kacau seorang remaja. 
  • aku prefer, beach, jungle, water falls. tempat yang aku nampak keindahan ciptaan Yang Esa. yang boleh aku capture some pictures. tempat yang boleh aku buat puisi dengan tenang.
  • yang penting. JAUH DARIPADA BEBELAN *aku sangat membencinya* 
    2.    MUSIC 
  • i'm pretty sure that 90% of us, enjoying music. cuma yang membezakan kita genre yang kita suka. balada, jazz, pop, rock. what so ever. 
  • aku? aku suka something simple. yang tak memekakkan telinga. tak ada terpekik terlolong. sometime aku suka balada or aku prefer okestra. bolehlah. tapi aku lagi suka piano,cello& violin macamThePianoGuys 
    3.     SHOPPING 
  • ini memang ofcourselah bagi perempuan. shopping boleh releasekan sikit sakit bengkak jiwa kacau. 
  • tak shopping pun, cuci mata. pun ok gak. 
  • tak payah nak shopping mahal-mahal. shopping makanan pun aku dah ok.
    4.    DEKATKAN DIRI PADA ALLAH 
  • dekatkan diri kita pada Maha Pencipta. Allah sedang menduga kita. banyak-banykkan lah berdoa, mengaji, solat. In Shaa Allah, kurang sikit jiwa sengsara.
  • Allah tak menguji hambaNya itu ini kalau hambaNya tak mampu. so. kuatkan semangat! 
  • jadikan Allah sebagai tempat mengadu, memohon segalanya.
   5.     CARI KAWAN BERCAKAP 
  • tak kiralah siapa pun. mama ke umi ke walid ke ayah ke baba ke, talk to them are better. nayyyy... memang tak adalah nak bercerita dengan mak kalau bab putus pakwe bagai. mahu di hambat satu kampung dengan rotan .
  • akulah..prefer bercakap dengan mama walaupun ending dia aku akan sakit hati sebab mama tak nak dengar cerita aku. sekurang-kurangnya adalah juga aku bercakap 
oklah! itu cara aku. yang lain terpulang pada kau la. aku tak tahu kau macam mana orangnya. kompleks ke simple ke moderate ke. hati manusia lain-lain. kalai sama jer semua..macam robot pulak.

selamat bercuti kepada yang bercuti. selamat berkelas tambahan kepada yang kena extra kelas macam aku ni. 

itu je lah kot yang aku nak beerstory-mory. ala bukan kau  baca pun. skrol-skrol dah. itu jer. aku tahulah. tak pun tulis kat cbox "follow me" , "nice blog" what so ever. hahaha

tata, dearies. 
Assalamualaikum 


     

No comments:

Post a Comment