Tuesday, July 22, 2014

Trend atau Niat Kerana Allah ?

Assalamualaikum wahai kesayangan beta sekalian !

perasan sungguh anak raja. hahahha. apa khabo semua?  sihat belako? harap gitu ler. kan kan? wahhhhhhhhh.....lama gila aku tak update blog ni, padah banyak sarang labah-labah. shu shuuuu~ almaklum ler...pelajar tahun akhir pegang status pelajar sekolah. ala... lepas ni pegang title pelajar juga cuma di upgrade. In Shaa Allah.

sejak dua menjak ni, makin ramai wanita & gadis Malaysia memakai pakaian menutup aurat yang menepati perintah Allah. Alhamdulillah. berubah daripada buruk kepada baik. daripada  kurang baik kepada terbaik. baguslah tu. itulah yang kita nak. cantik tengok mereka ni pakai pakaian labuh dan menepati perintah Allah. nampak molek, cute jer. menawan sehingga tertawan uolls. aku bukan nak perli tapi itulah kebenarannya.

memang baik berpakaian menutup aurat yang menepati hukum hakam Islam. menuruti peintah Allah.

TAPI adakah niat itu kerana Allah? atau sebaliknya?

aku bukan nak memburukkan orang. sebelum apa-apa kontroversi dan spekulasi timbul, aku nak bagi tahu yang aku bukanlah gadis yang pakai purdah, hand-socks, socks, penutup dagu, tudung labuh, baju labuh and so on. Aku memang BUKAN muslimah sejati tapi setiap orang ada hak untuk menyampaikan apa dia rasa. NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA : DENGARLAH NASIHAT YANG BAIK WALAUPUN IA DATANG DARI SEORANG PELACUR.  

apa sebenarnya yang aku nak cerita ni??

pointnya yang sebenar, bukanlah nak cerita pasal aku dah berubah atau kawan-kawan aku yang berubah. aku nak kau orang berfikir sebelum berlakunya perubahan. yalah, setiap yang terjadi mesti ada reasons yang tersendiri. aku bagi yang jelaslah, BERUBAH KERANA APA DAN UNTUK SIAPA?  itu maksud aku.

memang kita tengok ramai dah start pakai pakaian menutup aurat dengan lebih sempurna tapi kita tak tahu kerana apa dan untuk siapa. aku bukan nak buruk sangka. BUKAN.

aku bukan apa, ada yang kadang-kadang pakai hand-socks, penutup dagu bagai tapi baju ketat, tudung singkat, akhlak kurang.aku yakin dan pasti mesti ada yang akan kata padan aku "sekurang-kurangnya dia menutup aurat, kau?"

sayang,
konteks menutup aurat itu bukan sekadar tutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. cuba baca balik buku, konteks menutup aurat menurut syarak itu bagaimana.


  • longgar 
  • tidak jarang 
  • tudung labuh sehingga menutup dada
  • labuh sehingga menutup punggung 
  • sila baca buku balik yer. 
aku  bukan nak jadi ustazah tapi kadang-kadang aku menyampah dengan orang macam ni. pakai hand-socks, penutup dagu tapi pakai...haishh. aku memang tak pakai penutup dagu, hand-socks dll. aku ada reasons sendiri. 

aku ingat lagi apa mama pesan. masa tu a few weeks before mama patut pergi umrah (tapi tak jadi sebab penyakit unta tu). ini antara conversations aku dengan mama : 

AKU : mama, apa kata mama pakai elok-elok sikit. labuhkan tudung, baju tu tak yah la ketat. seluar pun sama. mama kan nak pergi umrah. 

MAMA : sayang, kalau kita pakai tudung labuh, baju & seluar longgar semata-mata nak nampak baik sebelum pergi umrah. hati tak ikhlas. konon nak jaga  mulut orang. bukan kerana Allah. balik daripada umrah nanti, kita akan tetap menjadi kita yang lama. pakai ketat, seksi, semuanya sebab tak ikhlas. apa pun yang kita buat, kita nak berubah....semuanya datang daripada hati dan kerana Allah. biarlah mama pakai macam ni tapi mama tak hipokrit. sebab this is me. In Shaa Allah someday i will change, just keep on doa for me, you and our family. 

oleh sebab itu, aku pegang kata-kata mama. walaupun ada kawan-kawan yang bila pakai menutup aurat dengan sempurna, aku rasa cemburu, rasa macam nak pakai macam dia, nak lawan balik. aku ingat balik kata-kata mama. NAK BERUBAH ITU KENA IKHLAS KERANA ALLAH.

ada yang pakai itu semua sebab fesyen. almaklumlah, semakin ramai yang telah menutup aurat dengan sempurna, semakin banyak juga perniagaan pakaian muslimah & ada orang kata 'lagi ramai lelaki suka' . entah yer entah tidak. kita pun tak tahu kan?

biarlah lambat sikit untuk berubah, biarlah perlahan-lahan yang penting ikhlas kerana Allah s.w.t.

aku tegur pun untuk kesenangan kita bersama. sebagai muslim kita hendaklah sentiasa ingat mengingati. sama-samalah kita doa untuk kesejahteraan kita bersama.

p/s : TAKZIAH kepada keluarga mangsa MH17. semoga Allah permudahkan segala urusan. amiin.




No comments:

Post a Comment