Saturday, September 20, 2014

Letih



Assalamualaikum 



bunyi macam aku dah putus asa ke? entahlah. aku tak tahu kenapa macam aku dah hilang semangat. mana entah semangat aku nak dapatkan biasiswa JPA. dulu aku ingat lagi, aku nak dapatkan straight A+'s semata-mata nak dapatkan biasiswa untuk aku sambung belajar supaya aku tak susahkan mama. tapi ....semangat tu hilang bersama kertas-kertas jawapan exam aku.

aku ambil aliran sains tulen. memang mencabar nak mampos! nak dibandingkan dengan aliran lain, aliran ni yang paling banyak jiwa aku. jujurnya, aku memang tak minat langsung sains tulen. tak kena langsung dengan jiwa seni aku. bila fikir balik, daripada aku ambil aliran seni yang tak banyak choice of courses, baik aku ambil sains tulen. walaupun tak score subjek elektif tapi aku ada banyak choices untuk mejelajah ke bidang-bidang yang torbaek. tak semestinya yang ambil sains tulen ini, berminat dengan medic. contohnya aku. aku tak minat langsung dengan medic segala bapak bagai ini. aku tak suka kerja berstruktur, kerja dipaksa (bak kata Papa Bidi ; doktor ni macam lembu kena cucuk hidung). aku suka yang aku bebas bergerak, berkreativiti, berkaitan dengan seni. yang membolehkan aku berfikir menggunakan imaginasi untuk menjadikan kenyataan. well, setiap orang ada minat dan kepakaran masing masing.

bercakap tentang spm yang memang tak sampai sebulan je lagi... erghhh..terasa ngeri pulak. aku tak prepare sangat. rasa nak enjoy tu masih menebal. huhuhuu.. apalah aku ni. aku kena bina balik semangat aku tu. cari semula mana hilangnya semangat. tolong doakan aku yer ! terima kasih :D

p/s : makin nak spm makin sesak kepala otak aku.

No comments:

Post a Comment