Tuesday, January 27, 2015

Penakut? Sampai bila?

Assalamualaikum !

hai la la laa...

kita dah pun berada di tahun 2015. masuk tahun ni, dah 4 tahun aku berkecimpung dalam bidang blogging. dan tahun keempat tanpa penyokong setia blog. hahahha. blog ini kurang berinformasi dan kurang menarik serta jarang sekali di naik taraf isi kandungannya. mujur saja aku masih berminat untuk buat segalanya. salah aku juga. hehehe..

since dah lama habis spm, hidup berubah. aku jadilah  penanam lemak tepu kurang profesional. hahaha

sekarang aku nak ambil lesen kereta. masalahnya adalah aku pemalas nak mampos untuk call orang yang mengendalikan test komputer. at the end, aku tersangkut dekat ujian komputer. bukan malas tapi lebih kepada : AKU TAKUT TAK LULUS. segan takut & all that negative thinking. sampai sekarang aku masih berlawan dengannya. bukan susah pun ujian tu tapi... perasaan takut tu membataskan segalanya.

belajar? adalah belajar sikit sikit. yang tak faham tu..aku skip. hahaha.

aku cuba mencari akar kenapa aku ni penakut sangat. tak ada lah sangat tapi takut takut. dan ini antara resolusinya.


  1. nak kata yang aku membesar dengan DILARANG MENCUBA.. tak juga. mama bagi jer. bab negatif tu tak lah. macam aku nak try menyulam/mengait dll. aku buat sendiri. takut benda tak jadi tu memang ada cuma motonya "hantam sajalah labu". at the end memang worst tapi aku belajar something new. 
  2. selalu dimomokkan dengan perkataan "JANGAN.....NANTI....." contohnya, "jangan buat benda ni nanti jadi macam tu". tapi ada kebaikannya. untuk certain things berkesanlah. tak try tak tahu. tapi kalau bab negatif janganlah try sebab dah jelas apa kesannya. kalau nak try juga, guna tikus makmal. 
  3. HIDUP SENTIASA DITOLONG. bukan tak bagus tolong orang. bila biasa semua benda orang tolong pun susah juga nak face certain things. macam kau nak order makanan, biasa ada orang yang pergi orderkan. bila kau sendiri..kau jadi gelabah & takut. well, aku tergolong dalam masalh ni. sikit sikit mintak tolong kawan. end up..tak mampu berdiri. 
  4. MANJA mungkin antara faktornya. aku manja ke? boleh tahanlah cuma masih mampu  untuk berdiri. ini aku tak nak komen. kau pun faham faham je la.
  5. yang aku paling perasan adalah aku ni KURANG BERKEYAKINAN. bila orang bagi semangat & desak, baru aku ada semangat. bila orang dok asyik membebel & mengomel...i'm stress and end up with doing nothing. ini yang aku susah nak control tapi aku cuba untuk pulihkan diri.
  6. SENTIASA FIKIRKAN PRESPEKTIF MASYARAKAT. orang malaysia memang terkenal dengan memberikan pandangan tanpa mengira tempat, kesan dan banyak lagi. kalau kau buat benda tak elok memang bahasa longkang lah kau dapat. kalau pada pandangan orang tua kau,  & diri tu dah elok, In Shaa Allah..eloklah tu. (kalau kau buat benda betullah)  kadang kala prespektif masyarakat tu penting untuk kita menilai diri & memperbaiki diri. isunya adalah apabila masyarakat menyalahgunakan pemberian pendapat. 

habis? habislah kot. ini aku punya punca, tak tahu kau punya cam mana. bila fikir dalam dalam, sampai bila aku nak macam ni? terus terperap jadi sate lemak. sampai bila? menyorok dan mengharapkan bantuan. hidup tak berkekalan. orang boleh tinggalkan kita tapi jangan kita rapuh. jadi itu, belajar berdiri guna kaki sendiri. tak ada kaki? guna tangan. tangan tak kuat? ambil dahan pokok, peganglah dan pastikan kau tetap utuh. 

GO AND TRY SOMETHING NEW!


No comments:

Post a Comment