Sunday, March 22, 2015

Minat, Cara Belajar Atau Kerjaya





Assalamualaikum (senyum) 

wenggggg..bruhhhh kebabooooo


frust?? memang pun.

'sindrom frust' sangat sinonim kepada pelajar lepasan SPM dan so on. aku bukan nak bincang pasal sindrom frust kerana result macam hamprahhh ke hampeh. aku nak taip pasal


' NAK COURSE APA? BETUL KE COURSE AKU AMBIL NI? KATA ORANG COURSE NI SUSAH. BOLEH MENJAMIN MASA DEPAN KE? GAJI TINGGI KE NANTI? SWASTA KE KERAJAAN NI? APA KALAU AKU TAK DAPAT MANA MANA TAWARAN? KENAPA KENAPA?!!! ' 


panjang nau tajuknya hah! hahaha. masalah ini sedang membelenggu kehidupan aku. well..nampak macam sempoi jer tapi hati aku ni.. warghhhhh! seriously blank! 

semua sedia maklum tentang result aku yang cukup makan dan tak ditelan jaws. kira macam berada dalam not too safe zone sangatlah. aku tak adalah frust sangat tentang result elektif yang sememangnya lulus tak berapa nak cemerlang tu. since, aku pun tak bernafsu nak ambil bidang sains sangat.

aku seorang yang berseni. erk? yeke ni? macam angkat bakul sendiri jer. hahaha. well, literally i'm not that person yang bekerja duduk dan menaip depan komputer. aku suka kerja yang memerlukan kreativiti.

UPU aku mhon apa?? hahahahaha... sangat berlainan daripada budak bio yang lain. yang aku ingatlah.. aku mohon ;

  • diploma reka bentuk dalaman 
  • asasi reka bentuk
  • diploma masscom
  • diploma pemasaran 
  • diploma pengurusan pelancongan 
  • diploma pengurusan acara
  • diploma seni kulinari
hah! tu je la yang aku ingat. aku buat research tentang semua sesetangah yang aku mohon. 




reka bentuk dalaman// interior design. aku  pergi tengok dekat blog seorang akak ni. dia seorang interior designer. (harap maaf aku tak ingat apa nama blog dia) dia banyak cerita keperluan yang diperlukan dalam bidang ni. daripada segi pemikiran yang macam mana yang perlu ada sehinggalah kerjaya. pastu aku search apa yang diperlukan masa temuduga tu nanti (diploma reka bentuk dalaman untuk uitm ada temuduga) daripada situ aku tahulah..dia ada dua temuduga. lisan dan amali. amali tu dia suruh melukis. secara tetiba aku bagai kena kejutan elektrik... aku hanya ada basic sketching dan basic LK yang selalu fail. ITU SAHAJA. aku menjadi lemah semangat lagi bila Nek Su cakap budak sains keputusan dah drop..susah bangun balik. means that. keputusan hampeh aku tu macam lampu yang segan nak menyala. melainkan kalau aku ni lelaki, keputusan hampeh pun U ambik. depends on luck. erghhhh


seni kulinari & masscom aku banyak tanya pada uncle & aunty aku. sebab uncle aku dia pensyarah uitm dalam seni kulinari. tapi aku tak dapat nak contact dia sebabnya dia tengah busy untuk projek PhD dia. erghh. so aku tanyalah Nek Su aku lagi sebabnya anak dia ambik kulinari. dia kata , seni kulinari kena fight dengan lelaki. lelaki ramai bidang ni. haihhh seronoknya kalau dapat lelaki pandai masak (ok..berangan. hahaha) adalah juga Nek Su cakap pasal cara belajar dia. first day dah kena pakai kasut yang berat bagai. erghh..homaiiii. peluang kerjaya pun ada. setanding dengan banyak cafe yang dibuka & memerlukan chef. masscom pulak..aunty aku tak banyak komen. dia kata " masuk dulu baru tahu" yaaaadaaaaaa!!! (scream out loud) 


diploma pengurusan acara. bidang ni skop dia meluas. contohnya ; wedding planner, media event,  birthday party etc. aku pernah terlibat juga dalam bidang ni. peluang kerjaya itu ada tapi benda ni banyak bergantung kepada reputasi syarikat. selagi syarikat ada event, adalah kau kerja. wengggg, cara belajar tu aku tak sure. yang pastinya banyak terlibat dengan projek

diploma pengurusan pelancongan. ini aku tak nampak sangat bayangan dia, ada yang aku baca projek banyak kena bercuti untuk ambil tahu suasana sekeliling bagai. buat report. kira macam banyak turun padang ler. idk. hahaha. peluang kerjaya?? syarikat pelanconganlah.

diploma pemasaran - No Data Found- 


mama kata " ambil apa yang you minat & setanding dengan kelulusan you" 

bila Nek Su cakap macam tu, aku memang down tertonggek gilerlah. aku nak benda tu. aku nak. tapi kalau tak ada rezeki...apakan daya. aku terima jer lah. bila dengar cara belajar dia, aku pun macam a bit scare untuk ambil bidang tu. aku tekadkan diri. Nothing is easy to achieve. come on... kau tak cuba kau tak tahu. nak kerja yang mencabar, kau  kena berani.


kalau tak dapat mana mana? jangan risau. kolej komuniti kan ada. jangan pandang mereka daripada kolej komuniti sebelah mata. dia orang mungkin lagi hebat daripada pelajar U & poli. berbanding dengan ipt lain. kolej komuniti menawarkan tugasan secara praktikal. kira kolej komuniti memang banyak praktikal jer. baguslah. aku suka juga. secara praktikal lebih mudah difahami berbanding teori sebabnya kita dapat merasai sendiri. senghonok kau nakkkk.

jangan risau dapat ke tak. cari jalan kalau tak dapat. ipts ada. kolej komuniti ada. just keep going!


p/s ;

  • gambar belas ihsan google
  • masih tak dapat bayangan? pergi jumpa kaunselor buat ujian psikometrik. 


No comments:

Post a Comment