Saturday, April 25, 2015

Semuanya ada Pertama Kali | 2nd Chapter |

Assalamualaikum !   




Apasal setiap kali kau cerita pasal pengalaman pertama kau, mesti kau macam happy jer??? -- your thought

kan kan kan?? hahahaha. ada yang tak happy. ada yang happy. ada yang so-so. yang sedih sedih tu..nantilah aku ceritakan

aku rasakan...aku nak buat "Semuanya ada Pertama Kali"  sebagai satu segmenlah. ok tak ok tak??  crazy monkey 081  *krik krik*

untuk kali ini, aku nak cerita pasal aku punya temuduga uitm dalam course of Diploma in Interior Design. pernah dengar ?? dalam bahsa melayunya Diploma Senibina Reka Bentuk Dalaman. ok??

asal dengar reka bentuk dalaman jer mesti kau orang fikirkan eric leong etc. yang bab menghias rumah daripada bilik ala ala stor terus jadi ala ala pwincess   . sebenarnya Eric Leong etc. (aku tak berapa kenal sangat penghias rumah popular) BUKAN INTERIOR DESIGNER. Beliau merupakan INTERIOR DECORATOR  cruch onion head


APAKAH BEZA ANTARA INTERIOR DECORATOR DENGAN INTERIOR DESIGENR (ID)??

Baca blog AiraniEz's Life --dia akan menceritakan banyak tentang apa sebenarnya Interior Design.

------

hari itu (18 april 2015) , aku pergi temuduga dekat uitm untuk course Dip. in Interior design


inilah detailnya. kot kalau ada yang tak percaya cool onion head  
sebenarnya, tips ini pun ada juga di blog Sophie Al-Yahya , tapi aku nak buat juga. tak kira 

temuduga, Dip ID, Dip Seni Reka  & Seni Lukis, Dip Architecture etc. sebenarnya tak banyak beza pun. Yang menggunakan kraetiviti dan lukisan kebanyakannya sama. itu yang daripada aku dengar daripada sekeliling warga manusia masa tengah berdiri tunggu turn untuk temuduga hari tu.

Temuduga untuk Fakulti Senibina Perancangan & Ukur // Dip. Interior Design (ID) terbahagi kepada  dua


  1. Ujian Melukis 
  2. Ujian Lisan // interview le tu

UJIAN MELUKIS 

ujian melukis untuk Dip ID ini bukanlah melukis bangunan ataupun konsep interior design dalam bangunan atau lukis potret etc. Melukis benda senang jer. dia akan susun pelbagai jenis objek seperti botol, kiub, file, bola etc lepas itu...kau akan melukis benda benda itu. 

ini tipsnya dalam ujian melukis ;

  • sediakan pen,pensel 2B dan pemadam. aku syorkan bawa extra pensel // bawa sharpener. 
  • JANGAN BAWA & MELUKIS MENGGUNAKAN PEMBARIS. kalau kau tak segan, kau lukislah pakai pembaris. 
  • jangan gelabah macam nak kena suntik. melukis jer pun bukan dia tanya soalan. 
  • lukis bagi nampak real // 3D. maksudnya...kau tambahlah shadow dalam lukisan kau itu
  • since dia bagi hanya 45 minit saja, memang kau tak kan lengkaplah nak nampak 3D tu. so, LUKIS KESELURUHAN dahulu. barulah kau buat shading. 
  • JANGAN BANYAK SANGAT MEMADAM tu. sebab dia nak tengok keyakinan kita masa melukis. lagi banyak kau padam-lukis-padam-lukis maksudnya kuranglah keyakinan kau tu. senget sikit tak apa.
  • bawahlah correction tape sebab takut kau tersalah tulis masa tengah isi borang --happen to me.
  • jangan mimpilah nak meniru. 


Ujian melukis dia buat dalam satu bilik. dalam bilik tu diletakkan satu meja yang ada objek yang telah disusun//meja obejek (bahasa akulah). Meja objek tersebut dikelilingi oleh meja meja yang lain. atau dalam bahasa mudahnya setiap sudut/ 360 darjah meja objek akan dikelilingi oleh meja meja untuk kita duduk. so memang tak ada can lah kalau nak meniru sebabnya kain orang lain pandangan. hahaha crying2 onion head


bentuk dia sama ke setiap tahun?? aku tak tahulah, nak. tapi janganlah risau. benda itu senang jer nak lukisnya (aku tak tahulah pulak kalau tahun tahun akan datang dia buat benda lain) confused onion head



INTERVIEW // UJIAN LISAN 

hari tu, bilik interview dengan ujian melukis aku sebelah menyebelah saja. tapi nak tunggu turn macam nak beli tiket bola Manchester United vs Chelsea. (ok dah lepas..hahaha) vortex pink cat


dalam satu bilik itu, dia akan buat interview secara berjemaah. (ada tempat, lain caranya) mula-mula  satu bilik dia ambik 3 orang, lepas itu lecture ( oh ya! lecturer yang mengajar subjek untuk course kita ambil yang akan menemu duga)  tengok bukan main ramai lagi umat manusia yang sedaang menunggu umpama tin sardin dekat tingkat bawah tu, dia terus ambil 4 orang. huahuaaaa
(naik lenguh kaki aku tunggu turn untuk interview)  crying3 onion head


tips interview ; 



  • sediakan kepala otak itu dengan ilmu tentang  bidang yang kau nak ini. means that do some homework
  • tampil dengan berkeyakinan. NO , "aaaa...saya suka" / "umm..entah"  / "sa sa...saya" etc. 
  • bawa protfolio / hasil lukisan even pun kau melukis potret sekali pun...angkut jer.
  • kalau tak ada benda tu semua, kau terus terang sajalah. macam aku jawab "saya pelajar sains tulen, saya memang tak ambil seni" 
  • buat research tentang isu semasa. pagi sebelum interview tu, bacalah surat khabar. kot dia ada tanya (dia tak tanya aku pun hari tu)
  • be the best. nampakkan diri kau dalam interview tu. janganlah kau senyap jer. dia tanya ,kau jawab sepatah.

mesti nak tanya tentang bahasa inggeris kan?? 
masa aku kena interview hari tu, aku tak speaking pun. Alhamdulillah aku dapat lecturer yang sempoi. hehe onion head dia tak banyak soalan sangat & tak kisah gunakan bahasa apa (asalkan dia boleh faham bahasa yang kau guna itu)  sebenarnya kena speaking kalau ikutkan cerita dalam blog blog lain. (takut pula aku bila fikirkan aku tak speaking) crazy monkey 090

berapa ramai yang akan interview kita?? 
aku kena seorang jer masa itu. tak tahulah yang lain macam mana. 


apakah soalan dia tanya?? 
 

yang dia tanya aku

  • siapa yang mendorong awak untuk pilih course ini? 
  • kenapa awak pilih course ini? 
  • apa beza interior designer dengan interior decorator 
itu  yang dia tanya akulah.

ini yang aku jangka (aku memang setiasa buat jangkaan)
  • semua yang dia tanya aku tadi  

  • konsep apa yang awak minat dan terangkan 
    -- setakat ini yang aku tahu ada 3 konsep. yang femes dan aku minat  adalah  konsep modern minimalist. (search sendiri) yang lebihnya adalah modern kontemporori &  modern classic. nanti terangkanlah apa-apa. (buatlah reseacrh sendiri) oh ya! sumber daripada malaysia memang limited so bacalah majalah anjung seri etc (yang cerita pasal interior design) 

  • siapa interior designer yang awak minat? 
     -- TEKAN SINI untuk tengok top famous worldwide interior designer

  • interior design yang awak suka? 
     --  biasanya kau kena kaitkan dengan interior design yang kau minat. nak kelainan pun boleh juga. ini yang aku minat



itulah kisahnya.  


Dekat mana nak kena berkumpul ?? kau masuk UiTM tu, kan ada polis bantuan. kau tanya dia mana nak parking. pihak uitm ada sediakan tempat parking untuk para calon temu duga. kau tengoklah mana ramai orang berkumpul. kau tahulah mana nak pergi cek nama bagai. dekat luar satu bangunan kau ada nampak papan papan tanda tunjukkan fakulti mana kau patut pergi.

makanan disediakan?? maaflah yer, tak ada nak. ada kafe uitm, pergi jer lah dekat situ. kalau tak suka bersesak, bawalah bekal daripada rumah

berapa lama nak kena tunggu turn?? itu tak sure. kalau nak cepat, datanglah paling awal (walaupun surat tawaran tu tunjuk pukul 10, kau datang jer awal. bukan dia tengok pun)



extra tips ;


  • pakaian ikut yang dia bagi dalam surat arahan. tolonglah pakai pakaian yang molek molek naa.. tak payah nak sarat barat, nanti kau panas. (penampilan di ambil kira)
  • parents pun pakai yang sopan. 
  • kalau boleh tak payahlah bawa adik adik yang kecil ini. (orang tua nak duduk pun tak ada tempat apatah lagi budak budak)
  • bawalah tikar dan bekalan makanan.
  • BACA AYAT KURSI, ZIKIR & ISTIGHFAR kalau gemuruh



JANGAN JANGAN JANGAN PERGI MANA MANA MASA TUNGGU TURN UNTUK INTERVIEW atau nama kau kick out of the list.   




p/s ; 

  sebarang pertanyaan, sila comment yer 


  tolong doakan aku dapat course ini!!

 ini semua atas pengalaman sendiri & sedikit research 

tolong doakan aku lulus test JPJ kereta khamis ni (30/4/2015) 





13 comments:

  1. salam. saya nak tanya waktu iv hri tuh.rmai cina or melayu?? just want to know about the competition. waktu iv tuh ad tak yg xde portfolio or yg xamik seni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ws-salam

      1. mostly yang saya nampak adalah melayu. sebabnya bidang ini khas untuk kaum bumiputra sahaja ( uitm je lah) tapi kalau ipts, bidang ini terbuka untuk semua kaum.

      2. ada juga calon yang tak bawa portfolio. sekiranya ada hasil2 seni tu, angkut sajalah (boleh dapat bonus point)

      3. yang tak ambil subjek seni tu, saya yakin ada (sebab saya salah seorang daripadanya...hahahahaha)

      harap membantu =D

      Delete
  2. salam.. macam mana keputusan temuduga tu? dapat?

    ReplyDelete
  3. assalam.. nk tnye.. mcm mne penampilan rmbut? bole tak panjang skit tapi sikat kemas? dan ceritakanlah klau2 ade sesape yg direject mentah punce rambut.. sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam.
      kalau pasal rambut tak ada dengar pulak kena kick mentah2. biar panjang tapi nampak kemas. kalau panjang sangat sebaiknya, potonglah. apa-apa pun sahsiah rupa diri (penampilan) itu penting, biar kemas bukan serbai. get it? :)

      Delete
  4. Assalamualaikum dik.

    Takpela dik sebab tak dpt course ID tu.. akak dulu pun tak lepas interview uitm tu, nasib baik dpt UIA. apa2 pun terima kasih tolong promote blog akak ya. Take care & all the best in whatever you're doing

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam kak.

      thank you so much kak. take care too =D

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Boleh tak bagi list subject yg akan belajar utk 6 sem? Thank you awak

    ReplyDelete
  7. akak.. semakan keputusan tu bila akan keluar erkk?? Allamdullilah, semalam sy baru selesai bertemu diduga uitm Interior Design dgn penuh yakin.. Insyaallah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap akak masa upu keluar. maaf sangat..tak ingat. huhuhu. tapi check frequently la. seingat akak, akak check masa upu keluar. gitu laa. goodluck dear :)

      Delete