Saturday, May 23, 2015

Shopping-Lah kau!



Assalamualaikum ~!!
hi onion head


kira-kira seminggu yang lalu, aku pergi Ganu dengan nenek sebab makcik aku bersalin. since dah smpai Ganu... kita orang pun plan nak pergi Pasar Payang -- al maklum sajalah kain batik murah dekat situ. murah tak murahlah kalau boleh tawar menawar. kan kan kan??

Mesti nak cerita pasal beli barang dekat pasar payang,kan?? --anggapan

NO! aku bukan ceghita pasal apa barang yang aku shoping.

aku nak bagi TIPS untuk ber-shopping di tempat yang sesak dan luas. macam pasar. pasar malam, pasar payang, pasar yang dekat kelantan tu (ok aku lupa nama pasar tu) , pasar malam dekat Cameron Highland or tempat shoppinglah. asal yang boleh guna pakai tips aku ni, HUH!





TIPS SHOPPING daripada aku;

  1. PAKAI PAKAIAN CASUAL. aku dah banyak kali tengok orang ber-shopping dekat pasar yang famous amos dengan tarikan pelancong, ada yang pakai sarat barat bagai. tempat itu panas so pakailah yang casual seperti jeans dan tshirt (lengan panjang atau pakai inner untuk muslimah) atau blouse dengan jeans atau dress simple (bukan yang vogue vogue tu). barulah selesa dan  tak adalah rasa sangat kepanasannya. kalau pasar malam tu setakat seluar track dengan t-shirt pun ok. ada yang pakai kain batik dengan baju kurung lagi kau!
  2. KASUT FLAT. berjalan di tempat sebegini dengan kasut tinggi adalah sangat sangat tidak digalakkan. serius akan menyakitkan tumit kaki. boleh duduk?? adoi kak oiii bukan senang nak jumpa tempat duduk (melainkan kau masuk kedai itu pun kalau dia ada xtra chair) --pasar malam tak ada kerusi
  3. bawa bekalan air mineral (kecuali kalau kau pergi pasar malam). quiet difficult untuk jumpa kedai yang jual air dekat pasar payang hari tu. at the end terpaksa beli dekat tingkat bawah. 
  4. bawa extra bag. bagi mereka yang kaki shopping, kaki sauk semua depan mata, sekali bawa beg plastik dah kena junjung atas kepala macam ____________ (sila isi tempat kosong) believe me. extra bag sangat memudahkan kerja. lagi lagi kalau kau berjalan tanpa lelaki disisi (biasalah lelaki kan tukang angkut barang) hehehehe crazy monkey 022
  5. makan secukupnya. serius, memang akan lapar so makan secukupnya sebelum pergi. pasar malam memang kau pergi untuk beli makanan. tak payah nak makan nau.
  6. pergi awal. pasar buka pukul 9pagi, kau pergilah pukul 9.30 atau 10 pagi so masa kau shopping itu, tak adalah sesak sangat and nak masuk parking pun senang. pasar malam pergi lepas maghrib atau 6 petang. walaupun sesak tapi kedai dah banyak buka masa tu.
  7. INGAT daripada mana kau masuk. memang akan lost kalau kau tak biasa dengan tempat tu. so kalau split daripada group pun..kau orang boleh ingat tempat masuk. kalau tak ingat tempat masuk...ingat sekeliling kawasan kau masuk. contohnya masuk saja pasar kedai pertama yang kau nampak adalah kedai sayur apek seluar pendek atau kedai rojak buah mamak ke etc. 
  8. janganlah bawa anak anak kecil (lingkungan usia 0-4 tahun) 4 years old tu kira bolehlah. tapi bawah 4 will be nightmare crazy monkey 063 (bagi akulah) tempat yang sesak ni boleh memungkinkan anak hilang. lebih baik, jangan bawa. untuk dia ingat dia pernah pergi?? tak payahlah kak oiii..budak baru 10 bulan nak ingat ke benda?? quit leceh jugalah. nanti yang terkencinglah, laparlah, nak tidurlah. dengan kau nak dukung dia, nak angkut barang lagi. so berfikir dulu.
  9. ENJOY. yes! enjoy. kalau kau tak enjoy sesi shopping..kau tak rasa comfortable, tak ada mood and so on. at the end kau rasa menyesal sebab balik dengan kain tak cantik, barang banyak tak beli and so on.
  10. bawa duit berkepuk kepuk. hahhaha.. kau ingat dekat pasar ada bank ke??? lainlah kalau pergi Giant, Tesco etc. memang disediakan bank.
  11. belajar teknik tawar menawar yang berkesan. serius weyy...kau memang kena pandai tawar menawar. (even nak beli baju / tudung dekat pasar malam. kalau beli makanan tu tak payahlah nak tawar menawar)
  12. listkan dan beli barang yang perlu sahaja. ini untuk mengelakkan pembaziran.shopping tu shopping juga tapi beringatlah. baju kain yang kau beli tu bukan bolebuat makan pun bila tak ada duit.( kalau kau berbisness tu belakang kira)... agaklah kau satu kedai kau borong sampai RM500 (lainlah kalau kau ank orang kaya raya ke laki kau kerja CEO gaji sebulan sampai 30k atau kau kerja yang gah gah ke..tu lain kira)

huiii~~~ banyaknya tips. pheew crazy rabbit. hehehee.. ini tips akulah kan. nak guna boleh, tak guna pun tak apa. lain orang lain cara. ini semua berdasarkan pengalaman sendiri. belajar daripada perkara yang lalu.

tatatatatataa
bye crazy rabbit
(arnab gila ni jer yang menangis. aku tak)


No comments:

Post a Comment