Sunday, June 14, 2015

Yakin & Pasti ada

Assalamualaikum jgm cute cat

Mesti ada yang tertanya tanya, aku dapat ke idok yang  temuduga diploma interior design tu?

The sad news is.....NO. Yeahhhh....memang tak dapat pun sad cute catsedih? Of course ler mak sedih nak oiiii.. Idaman hanya tinggal angan angan. Huh! Lama juga aku ambil masa untuk redha & reda. Stress jer memanjang. Asakan daripada family tak habis habis. Orang soal sana sini dapat mana dapat mana. (Orang yang pernah alami apa yang aku rasa ini, dia fahamlah kesengsaraan itu) cehh sengsara.screaming cute cat Hahaha. Depress and all those moments yang macam menyakitkan hati, huh!

TETAPI

Allah itu Maha Pemurah. pemurahnya Allah itu tiada tandingan. sejahat jahat kita pun, Allah masih bagi rezeki kepada kita. kan kan??  

Walaupun aku tak dapat tawaran  Dip. ID dan tawaran daripada kktm serta poli, dengan berkat doa daripada family yang tak putus putus, aku telah mendapat tawaran belajar.  Bukan satu tawaran tapi TIGA! Alhamdulillah. tak sangka sangat. tawaran apa??

1. KKTM Lenggong, Perak - Dip Herba & Semula Jadi (Pembuatan) --aku dapat masa permohonan terbuka
2. KPTM Kota Bharu, Kelantan - Dip Tourism Management -- aku ada buat permohonan
3. UiTM Lendu, Melaka - Dip Tourism Management --rayuan UPU

pilih mana?? aku nak KPTM KB tapi fikirkan mama nak kena hantar jejauh itu..kesian pula. so aku pilih UiTM Lendu. buka buka tengok tarikh daftar 15 June. pergh mengasailah aku dengan mama siapakn barang (masa keputusan rayuan UPU keluar 12 June lepas pukul 12 tengah hari. surat tawaran UiTM keluar pukul 3) Bank confirm dah tutup. barang barang belum ready 100% (sampailah sekarang)  sebab tarikh daftar KPTM KB pada 24 June so aku pun relakslah (sebab lama lagi. hahaha) mental aku pun tak ready crazy monkey 029 apakan daya...terima je lah.

tak mau cerita panjang panjang. aku nak terangkan pasal PERMOHONAN TERBUKA IPMa.

apa itu IPMa?? IPMa merupakan institusi intitusi belajar MARA seperti UniKL, GMI, KKTM, KPTM etc (ada yang aku tak ingat)

so.. what is PERMOHONAN TERBUKA IPMa ??

mula mula pun aku blur juga pasal program ini. aku ingatkan dia ada temuduga bla bla.

rupa rupanya tak pun. program ni macam Karnival Pendidikan MARA yang selalu diadakan selepas SPM tetapi dalam skala yang lebih kecil. maksudnya?? kalau Karnival itu dia buat dalam skala yang besar. maksudnya, uolls boleh datang satu bboth and tanya apakah pro and cons blla bla bla...

PERMOHONAN TERBUKA IPMa is more kepada uolls dah tahu nak apa dan dimana (dalam IPMa itulah) contoh ; Ali nak ambil kejuruteraan awam di GMI so Ali datang program itu and terus cari booth GMI untuk memohon. uolls dah ada tujuan bila datang program itu.

more benefits kepada mereka yang tidak dapat mana mana. keputusan tawaran?? keputusan tawarn akan dapat hari itu juga. bukan on the spot lah. contoh kau dah bagi borang itu kepada penyemak, kau kena tunggu turn sebab ramai gila.maybe kau akan dapat keputusan lambat. kalau malas nak tunggu, kau balik rumah dulu (kalau rumah dekatlah) esoknya datang balik sana (dia buat dua hari) tapi lebih baik tunggu because of ada course yang dah full so kau kena tukar.

biasa diadakan dekat mana program ni?? ikutilah perkembangan MARA di Facebook MARA untuk 2015 dia orang buat dekat Medan MARA yang dekat dengan Maju Junction (belakang jer pun) , dekat dengan SOGO (tak adalah dekat sangat... bolehlah) so kalau kau penat tunggu, bolehlah lepak dekat area area situ

by the way, tak ada temuduga and bla bla... kalau boleh datang awal kalau nak dapat cepat.

untuk sekarang ini, itulah dulu yer...  kalau ada yang belum dapat mana mana lagi,  try jer lagi. UiTM ada kemasukan bulan 9 (kalau tak silap aku) tapi kena direct terus kepada UiTM. Poli pun banyak kemasukan. biasa Universiti ada buat dua kali intake. so kena pandai pandai carilah.

wish me luck with my new life crazy monkey 040



4 comments: