Tuesday, April 19, 2016

I'm Back !

Assalamualaikum,
Hye guys!!

whatsupp?? better? fine? so-so? boleh lah? neh..not fine?

wuhuuuu! dah nak setahun aku tinggalkan blog ini tanpa sebarang update terbaru. maaflah sebab penuh dengan sarang labah-labah dan tebuan *shu shuuu shuuu*... busy sikit sejak masuk university life. eceh, dan dan busy. cakap ajelah pemalas, kan? hahaha

aku apa cerita? 
hurm, good. fine. well...setakat ini masih boleh bernafas walaupun diselubungi lumpur macam dekat paya tu. Alhamdulillah.

my last post talk about if I get any offer to further my study, right? 
Firstly, I did not get the Dip in Interior Design 's offer, then i decided to go for the Hari Terbuka Mara (IPMa). masa dekat sana aku dapat offer dalam bidang dip sains herbs hutan...sort of macam gitulah. mainly the course are all about sciences and herbs. Not long after that (on the same time), my grandma told me there was a letter from KPTM Kota Bharu offer me Dip in Tourism Management. oh glad I got that offer because aku memang tak nak ambil bidang sains-'menyesains' ni. sains dan aku memang bukan regulah.

SUPRISINGLY, masa aku tengah dok sibuk packing untuk ke KPTM KB, aku dapat offer daripada UiTM dalam bidang yang sama iaitu Dip in Tourism Management (Pengurusan Pelancongan). hohohooo... Alhamdulillah, banyak offer yang masuk. tak sangka betul masa itu dapat offer UiTM untuk first intake sebab masa aku dapat offer, tarikh tu dah terlepas daripada hari pendaftaran sepatutnya dan MDS (Minggu Destinasi Siswa/Siswi) -- sebab ramai kawan aku dah dekat UiTM untuk MDS masa tu. siapa yang paling bahagia bila aku dapat offer tu? ofcourse lah Mama! 

so sekarang apa cerita? dimana? uitm mana? UiTM dihati ku. cia cia ciaa ~~

sumber asli google image

aku di sini! sudah dua semester dan bakal menjadi part 3 (In Shaa Allah, doakan aku untuk kekal sisini sehingga aku graduate) aku sini, UiTM Kampus Alor Gajah (Lendu) ~~~yang femes dengan hantu hantu tu. tak tahu ke? 

yeahh! aku tak ada dalam gambar tapi aku belajar dekat UiTM Lendu (nama pemes) aku masih di Melaka, nampak tak betapa sayangnya Melaka dekat aku?? hahaha... Lendu ni dekat kawasan Alor Gajah, tak berapa jauh daripada Masjid Tanah & Pekan Alor Gajah. tapi agak kehutanan sikit sebab dikelilingi hutannnnnn. took about 30-40 minutes from Malacca City (itu pun kalau tak jem lah), 45minutes - 1 hour from Merlimau/Muar, 1 hour 30 minutes - 2 hours from KL. Boleh ambil exit Simpang Ampat sebab lagi dekat dengan UiTM

-ok sekarang malas nak cerita pasal Lendu sebab nak cerita pasal Dip in Tourism Mngt-

Apa first thought kau orang tentang Tourism Mgt ? 
-berjalan, jalan , jalan assignment , jalan, jalan 
-tour guide, kapal terbang bla bla blaaa
-jumpa mamat mata biru
-jadi macam hakak habang hipsturrr raverrrr dekat insta

alangkah bagusnya kalau begitu, kan budak-budak HM111 (code program) ? tapi penat woii kalau berjalan saja tak ke sudah. duit mana nak cari?? raver? hipster? hahahha..kau dah berlengas, tak ada maknanya!

first thing aku nak cerita, pasal kerjaya dalam bidang ni, orang selalu fikir, tour guide, jalan-jalan, kerja dekat Tourism Malaysia etc. ok korang SALAH. bidang ini banyak cabang dan korang kena pastikan korang berada di landasan yang betul. selain daripada tour guide dan bekerja dekat tourism agencies, korang boleh kerja dekat syarikat lain juga sebab ada syarikat yang perlukan pegawai untuk ticketing, arrange flight etc. (aku tak ingat apa nama kerjanya) or maybe korang boleh jadi liaison (boleh search google apa pekerjaan dia) basically pasal kita escort  certain people (VIPs) - bukan bodyguard. atau mungkin bolej jadi lecturer or journalist. banyak saja peluang, kena rajinkan diri search for it.

sumber belas ihsan google image

second part is aku nak cerita pasal belajar dalam Dip in Tourism Management

kita belajar bukan terus kepada berjalan-jalan-jalan dan jalan. masa semester 1 (part 1) ada subjek yang memerlukan kita untuk melakukan site visit tapi bukan setakatt jalan-jalan yang kau suka tu jer. ada yang kena buat slide, report, presentation. trust me, im on my way to be a part 3 student. first sem memang banyak belajar pasal basics of tourism and hospitality. basics ni banyak cerita mana datangnya hospitality and tourism ni, cerita pasal falsafah-falsafah. bila part 2  kita belajar pasal luar negara dalam subject Geography (bukan geo korang belajar masa form 1,2,3) dan kita belajar pasal professional etiquette and customer service (all about the etika & customer).  apa yang kita belajar masa part 1 jangan lupa sebab akan dibawa sampai grad. basic are so important. bagi pelajar HM111, kita orang memang tak akan terlepas daripada report dan presentation. most of subjects memang akan ada reports & presentation. yang paling sakit bila kena buat report. apa yang kau nak mencarut dalam report tu dalam bahasa inggeris..hahhh! tapi semua orang takut presentation. siapa je suka kena present?? kalau present dalam bahasa melayu pun segan apatah lagu bahasa inggeris. terkulat-kulat kau! but, its ok. learn from mistakes, lecturer biasanya akan tegur so tolong ambik iktibar. bila masuk part 3 (ini khabar daripada senior) memang akan ada site visit yang betul-betul rasa macam traveler, masa part 4 akan ada tour guide and part 5 ada latihan industri (praktikal). ini secara basic yang aku tahu. kalau nak tahu yang lain kena masuklah course ni, hehehe

kalau ambil course ni, degree boleh sambung apa?
actually, korang boleh sambung ape jer yang korang nak tapi bersesuaianlah dengan course yang kau ambil masa dip & keputusan. lepas ambik tourism mngt, maybe boleh ambil, culinary, hotel mngt, journalism, business or boleh teruskan dalam tourism juga. 

just nak share. dekat UiTM tu bukan kau orang belajar untuk course kau jer. contohnya, aku course tourism, akan study juga pasal management, marketing, akaun etc. so jangan terkejut kalau kau kena belajar subjek yang kau rasa tak perlu pun untuk course kau tu. jangan ingat masa dekat U kau tak ada kokurikulum. ADA ok! tapi tak adalah tunas puteri , puteri Islam, yang lembut lembut ni. dekat U banyak hardcore yang biasa-biasa pun PBSM. koku dekat U kau janganlah ponteng sebab koku boleh tolong naikan pointer kau, koku dekat U ada exam tapi exam dia senang je ( susah jumpa budak gagal koku). dekat mana-mana  U pun ada histeria so tak payah nak traumatis sangatlah tak nak masuk U tu sebab ada banyak kes histeria. selagi kau jaga adab, benda tu tak kacau kau,

so kepada sesiapa yang dah TER letak Dip in Tourism Mngt atau betul-betul nak, just go for it. try something different but make sure it suit with your abilities and taste ;D

nanti aku share macam mana rasanya jadi pelajar universiti pula ;)

3 comments:

  1. lepas ni rajin -rajin kan lah diri tu update

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... yo laa kak. eden cubo naaaaa

      Delete
    2. hahaha... weyhh.. nanti singgah-singgah blog aku.
      Mana tahu aku ada kutuk kau ka blog aku.. hahaha

      Delete