Tuesday, May 31, 2016

PMDS Sesi Jun-Oktober 2016



haa! mesti kau orang tertanya-tanya apa itu PMDS, kan ?? PMDS ni maksudnya Pemimpin Minggu Destini Siswa (correct me if im wrong). Apa function dia? nama pun pemimpin kan, ofcourselah memimpin siswa dan siswi semester 1 ke jalan yang benar, In Shaa Allah. hihihi... Bila jer ada PMDS ni? bila ada Minggu Destini Siswa (MDS) a.k.a minggu orientasi untuk pelajar semester 1.
apa kejadah aku cerita pasal PMDS (pm) ni??
hehehe..mesti kau orang curious,kan? kenapa tiba-tiba nak story morry pasal hari orientasi bagai. sebenarnya, aku one of the pm di UiTM Lendu. sebagai ahli Biro Tugas-Tugas Khas (BTTK).. kami memang tak pemes sebab kerja kami bab administration & documentation. kamilah yang menfotostat segala isi kandungan dalam file (peta, hotline numbers, jadual MDS, akuan janji etc) awak tu, siapkan starter kit ( beg yang awak dapat) dengan bantuan pm-pm lain dll.

aku kan suka share. so aku nak menceritakan tentang keluarga baru aku ini. Keluarga baru aku ini datang daripada latar belakang yang berbeza, hikayat hidup yang semua tak jangka, perangai yang kadang kala menggila dan ada juga yang suka menyepi di balik tiang. kami berkumpul dalam masa dua minggu. dalam masa singkat itu, kami create satu memori yang boleh dikenang seumur hidup. dalam masa dua minggu itu, kami bina satu hubungan yang moganya kekal hingga ke syurga. dengan masa yang ada, kami mengenali dan membantu antara satu sama lain. dan dengan waktu itu, kami tahu setiap senyuman ada juga kesedihan lalu kami sama-sama menghulurkan tangan supaya di setiap antara kami tiada yang bersedihan.

[THIS WILL BE A LONG STORY THAT MAY LEAD YOU TO SLEEP]

aku masuk PMDS ini bukan sebab rela, ini semua sebab setiap calon JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) diwajibkan menyertai PMDS. aku sebenarnya nak tarik diri, sebab aku rasa benda ini semua menyusahkan aku. aku benci bergaul, meeting new people because i dont trust any kind of bonding after the event end. so dalam kepala otak "if you go, you did not gain anything. bonding confirm dekat mulut jer. contact?? macamlah dia orang ingat kau kalau kau tak pemes amos" dalam masa yang sama, aku busy nak buat kasut baru since sneakers aku dah rosak (huhuhu)

however, i cant call unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk mohon tarik diri daripada JPP. aku masih teragak-agak untuk call, sehinggalah hari pendaftaran PMDS (Jumaat, 13 Mei 2016) masa itu, aku nekad dan aku cakap "rempuh ajelah. apa nak jadi, jadilah. macam tak biasa kau buat semua ini" dan aku pergi dengan hati yang tak rela.

CHOP!
sebenarnya half perasaan aku nak pergi but another half tak nak. aku memang dah lama teringin nak mengembangkan lagi networking aku instead of always mengembangkan lagi badan...hehehe. so masa buat keputusan, dia macam berbelah bahagi. the cons are more than the pros. aku tak minta kebenaran sesiapa pun untuk pergi MDS cuma aku beritahu yang aku pergi MDS. even baba pun tak tahu (baba dapat tahu bila aku dah nak pergi), mama & nenek just cakap "the choice is yours" and yeahhh.. i go and survive  for the whole weeks.

1st  untill 3rd Day ( Jumaat-Ahad)
for the first 3 days, kita orang ada team building yang diturut serta oleh pm-pm UiTM Jasin. masa ini janggal tahap *tenenenene* sebab aku lambat, ada problem dengan bilik... masa selesaikan soal bilik, aku jumpa denga Fai a.k.a Pai. aku tak kenal langsung minah kenit ni..hehhe tup tup dia kata, dia budak tourism kelas B and i was like "OooMaiGADDDDD..awat aku tak pernah nampak minah ni pun" sebab aku ingatkan dia kelas A (nampak nerd giler)---sorry fai. hehehe.
kita orang masuk dewan pun lambat, masa ni aku & fai macam *krik krik* dahlah lambat lepas tu we both do not know anybody in the hall except for two or three people. itu pun sebab budak tourism. kalau tak...hampeh. dalam whatsapp group PMDS, aku jadi silent reader. so..kau nak harapkan apa??
masa masuk tu ada sesi kenalkan diri, orang yang last cakap "siapa yang tak kenalkan diri lagi, mailah ke depan" nasib ramai ke depan, so aku & fai pun ke depan. bila turn aku, aku cakaplah "nama saya nur sabrina. boleh panggil sab" & suddenly budak lelaki menjerit "kak sab! kak sab!" aku macam freak out jugalah sebab nama tu, junior masa sekolah panggil. bila aku tanya seorang senior ni, dia cakap "dulu ada akak senior, kita orang panggil dia kak sab" ---and now i know why. hui hui~~
nak cerita panjang-panjang confirm korang bosan giler kan...?
untuk first day, kita orang buat ice breaking, sesi petang : counseling time & sesi malam : games!
masa counseling time tu, kita banyak memperbaiki niat kenapa masuk PMDS & mostly cara membaiki niat dalam setiap tugasan yang kita buat. malam tu, kita main games : pemberita berkepala 10 & gained trust games. yang pemberita berkepala 10 tu macam cerita super spontan. game ni memang kelakar giler, rasanya ada kot 7 tajuk berita semuanya sangkut but berita yang last sekali menjadi. hahaha (sorry tak ada gambar). next is gained trust... nama pun mendapat kepercayaan. dalam game ni kita kena percaya yang kawan-kawan kita akan sambut bila kita jatuh (tak ada gambar..sorry)
2nd day ; pagi-pagi kita orang dah ada counseling time however petang kita ada sukaneka!! masa ni aku & beberapa orang lain berharap sangat tak ada sesi joging or what so ever yang berkaitan dengan berlari mahupun memerlukan pergerakan berjalan secara pantas & tangkas. it was the best evening ever. aku tak pernah main tepung, baling telur... and i did it. hahaha...kerja-kerja aku tak pernah buat. dalam x - factor etc yang ada masukkan tangan dalam bekas yang ada something dalam tu, yeahhhh ada game tu. dan aku berjaya dengan jayanya. all about how you control what you thinking. (atau maybe sebab aku tak dapat katak...hurmm) malam tu kita orang tak ada buat apa pun kerana petangnya kami dah macam kek tak nak mengembang. hehehe
3rd day : pagi tu counselling but after 12 noon, pm-pm UiTM Jasin nak balik. kami sedih sebab tak dapat hantar pm-pm UiTM Jasin balik , kami ada meeting masa tu *kesat air mata* huh~~

these are few photos yang berjaya di ambil oleh orang lain. hehehe...jangan marah naaa






ini sesi game, game ni menunjukkan betapa tamaknya kita untuk memiliki sesuatu

hari-hari yang berikutnya sehinggalah 24 Mei 2016
selepas hari ahad itu, maka bermulalah minggu gerak kerja kami. hari pertama, adalah hari penuh taklimat dan penubuhan biro-biro. kami diberi peluang untuk memilih 3 biro tetapi yang menentukan dimana kami adalah ketua-ketua biro yang terdahulu. dia orang ni kira legend lah sebab dah lama berkecimpung dalam PMDS. hasil daripada mesyuarat tersebut maka 'terlahirlah' biro-biro dengan anggota yang baru. antaranya ialah :

Biro Dewan & Protokol
dari kanan : akmal, irfan, jeck,kak tiqah, kak aina, muhsin, salleh & erry sisturrr
Biro ini bertugas menghiburkan siswa &siswi di dalam dewan, menjaga flow keluar masuk dewan, menjaga waktu untuk para pentaklimat & guardians of dewan. tanpa mereka dewan porak peranda

 Biro Pembangunan Insan
dari kanan berdiri : king (mantan BPI....hihihi), kak jiha, fiqah, kak raja, ayu, chepah & john
dari kanan duduk : fakri, ajad, ipan & anuar
 BPI bertindak sebagai penjaga waktu solat pelajar, memastikan flow keluar masuk masjid cantikk & segala-segalanya yang melibatkan unsur kerohanian Islam.

Biro Displin
dari kanan berdiri : soot, acap, hafiy, nabil, nami & adib
dari kanan duduk : mushi, wani, qiss, kak shu, kak shida & izzy
 hakak abang pemes ni. mereka inilah yang selalu teman students pergi masjid, pergi dewan, balik kolej. merekalah yang bersengkang mata tak tidur (walaupun ada yang TERlelap) untuk memastikan keselamatan students di kolej & BD lah yang kejut semua students bangun. agak kalau dengar siren pepagi buta...BD punya kerja tau... hehehe


Biro Tugas-Tugas Khas 
(maaf tak ada gambar beramai-ramai paling ok)
dari depan : Abang shafiq, kak aina (tudung biru), fara (tudung hitam), kak zati (tudung hitam pakai spec), abg safiq, una (shawl hitam), kak jie (tudung hijau), jimmie (sweater biru) & aku
 kami BTTK dan pm-pm membantu menyiapkan file hijau dan starter kit untuk diserahkan kepada pelajar. BTTK juga bertindak untuk mengawal flow semasa hari pendaftaran akdemik, semakan kesihatan & cop HEA supaya berjalan dengan lancar. apa lagi erk...?? mmmm..kita oranglah yang kutip file yang LENGKAP sahaja daripada student (sehingga :  27 Mei 2016)

Biro Makanan
dari depan : din, fai (tudung hitam pakai spec), nancy (pakai spec), yaya, ayu, diana (pakai topi), thira (pakai topi & belakang sekali), danish (tepi sekali)
nama pun BM, confirmlah segalanya bab makanan. tapi bab menu, makanan tak sedap  bukan dia orang tau. itu semua catering. BM memastikan pelajar makan & menjaga flow khemah makan. tak ada BM, kebulur kami..huhuhu

Biro Usahawan
dari kanan berdiri : fiq, panda, amir, alep & hujung tu tak ingat...(hehehe sorry)
dari kanan duduk : yuki, kak dya, raz, qeela
abang hakak choki-choki & moist chocolate cake. kerana mereka tahu, students kebosanan &kelaparan, mereka menjual pelbagai makanan & minuman untuk memenuhi ruang kosong perut student & pm-pm...hihihiiii

Biro ICT
dari kanan duduk : stoner, mia (the only girl in bict), donut
dari kanan berdiri : yap, black, bari, shafiq, aiman & jibamzzz
BiCT...kalau nak gambar siswa or siswi tidur, bolehlah minta depa ni semua. kalau nak tahu, BiCT diantara yang duduk backstage. yang siapkan montaj, tangkap gambar, paparan slide & segala bentuk ICT

Biro Kebajikan & Kesihatan
kanan depan ke belakang : syami, mel & kedah
kiri depan ke belakang : kak nab, kamelia, iss & abe
biro yang antara ter-busy mengangkut siswa/siswi yang sakit. inilah dia doktor sementara. nama pun kebajikan dan kesihatan, pelajar yang sakit akan dibawa kepada BKK dan kalau rasa teruk sangat sakitnya akan dibawa terus ke unit kesihatan.


Penghulu & Penghuluwati
King & Kak Yana a.k.a DS
inilah ketua kami. ketua bagi setiap ketua biro. dan inilah yang kami sayang. king & kak yana yang comel. mereka berdua yang selalu menegur jika ada kesalahan, yang sering mengingati dan macam-macamlah.


Penyelaras
focus pada jejaka di hadapan
BLACK 
seseorang yang sering memerhati gerak kerja kami. penyelaras yang mesra alam dan penyabar (jangan tanya kenapa kami panggil black)


puas dah pengenalan biro?? 
semuanya ada 8 biro, penghulu & penghuluwati dan penyelaras yang bertindak untuk menjayakan MDS Lendu Sesi Jun - Oktober 2016

sepanjang minggu hari gerak kerja, setiap biro melakukan tugas masing-masing tetapi kalau ada pm-pm berkelapangan, mereka akan membantu biro-biro yang memerlukan orang seperti BTTK, BU dan BDP ataupun qada tidur...hehehe
gerak kerja bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada jam 11 malam atau sehingga kerja pada hari itu selesai. kerja yang terlibat denga urusan pejabat perlu berakhir pada 5 -5.30 petang ---fahamlah orang pun nak balik juga. 

our morning activities start with solat subuh secara berjemaah di masjid, breakfast, asmaul husna & zikir (yang diketuai oleh BPI) , seminit masa untuk perbaiki niat, morning briefing oleh king & biro-biro. ceritalah apa yang nak buat hari ini. dan setiap hari, adalah orang yang berlainan. king tak nak orang yang sama so that everybody have opportunity untuk bercakap di hadapan dan memegang mic. hihihi  
dan pada waktu malam pula, kami ada sesi heart to heart (tapi bukan selalulah) setiap wakil biro kena bangun and ceritakan apa yang dia rasa tentang biro tu atau tentang pmds. we give chance to everybody to tell what are their problems and if we can help, we help as a family. daripada sesi ini, aku tahu antara kita berbeza. meski nampak gembira hati mungkin berbuku derita. meski riuhnya memeriahkan seluruh dewan, mungkin dalamnya kurang warna pelangi. lain orang lain masalah lain cara.

hari-hari kami berlalu dengan tenang namun suatu hari berita hujan gerimis tiba. one of the pm punya ayah dimasukkan hospital sebab sakit dan dia terpaksa pulang untuk berada di samping keluarga. a few days later, another ibu kepada seorang pm pun sakit dan seperti tadi, dia pulang sebentar. tak lama lepas tu, ada seorang lagi pm yang atuk dia sakit. masa ini aku agak terasa sebab aku teringatkan arwah atuk. walaupun secara zahirnya kami tak dapat membantu tapi,  if we can help, we help as a family. walau hanya sekadar sepatah doa.

huiiii..sesi sebak tak berapa sangatlah kan?

tak ada rehat ke dalam PMDS ni? REHAT?? kau mimpi apa haa.. mana ada rehat!
hehehe..gurau jer. mestilah ada. giler apa tak ada rehat. mahu jem kepala lutut ni.

pada 22 Mei 2016 (Ahad) kami dapat half day cuti setelah siap semua kerja. 
perancangan semua dah siap, so we decided untuk ke restoran Api-Api Steamboat dekat sebelah Aeon Bandaraya. makan-makan since pagi & tengah hari tak makan sebab makanan tak daaaakkkk..huhuhu. so malam tu memang lenjanlah katanya. hehehe. 

dengan angkatan berbelas-belas kereta, kami berkonvoi daripada petang sehinggalah malam-malam buta. 

berkumpul guys!

makan makan


ini meja orang lain...hehehe


tak kan makan je kot daripada pukul 7...hehe. first plan nak free flow but consider macam tak best maybe, they decided untuk ke uptown dataran pahlawan tapi sekejap sajalah sebabnya hujan masa tu dan bukan malam minggu, macam tak happening sangat. then, kami berkonvoi ke dataran 1 malaysia, klebang. nak buat apa malam-malam buta dekat klebang tu? bayangkan dekat pukul 12 tengah malam dekat klebang, krik krik lah kan.. apa ingat kami tak reti buat heboh??

siapakah gadis ini??

kau rasa main apa??

RUGBY
aku tak tahu siapa bawa bola rugby tu sebenarnya. tahu tahu jer dah ada. hahah.. ada yang sampai injured kabonya. mula-mula tu main cap kali cap tapi sebab dah ramai terkeluar, dia orang buat game baru. orang sekeliling dataran tu tengok jer aktiviti kami. hahaha.. dekat sini jer dah dekat sejam lebih.

but you know what, we spent quality  time together hence we have fun through those activities. walaupun orang nampak "apa punya budak-budak ni, tak ada game yang lagi best ke" but we enjoy ourselves. who care, that night... we just care to release all the stress and enjoy the moment.
so esoknya kita orang kembali bekerja dan siapkan kerja yang mana belum selesai.


Nak tahu apa jadi masa gerak kerja kami?? tengoklah vid ini : Youtube- 


GERAK KERJA MINGGU DESTINI SISWA SESI JUN-OCT 2016 UiTM LENDU






24 Mei 2016

maka pada hari itu bermulalah kemasukan para pelajar semester 1 sesi jun- oktober 2016 ke UiTM Lendu. hari itu merupakan hari pertama aku communicate dengan ramai orang dan hari hipokrit aku. hahahaha... melayan seorang demi seorang dengan penuh sabar dan senyuman. orang ini lain kerenah dia, yang ini lain masalah dia. walau sakit mana pun aku masa tu, aku ingat pesan king, kak yana & kak jie "sabar" no matter what happen, sabar. tapi kalau dah lain macam sampai nak gaduh tu better panggil orang minta selesaikan. Alhamdulillah, sepanjang hari pertama, aku tak adalah adegan gaduh-gaduh ni. tapi menjawab banyak persoalan daripada parents because parents being parents. mestilah dia orang risau atas keselamatan anak mereka, kan? 

hari-hari berikutnya??
Minggu Destini Siswa berlangsung sehingga 4 hari iaitu daripada hari selasa sehingga jumaat. dalam masa 4 hari, macam- macam biro aku jadi. BD --turunkan siswi ke kolej, BM --hari last sebab orang lelaki solat jumaat, BKK -- tolong angkat budak perempuan yang tak boleh jalan, BPI -- suruh siswi cepat masuk khemash solat...ahhh banyaklah. tapi yang aku paling ingat jadi BKK lah.. tukang angkat budak.

bila ingat balik memang kelakar jugalah. for the first  'patient' thanks to abang atif sebab sudi tolong hantar siswi itu ke kolej & thanks tu iss sebab teman aku naik sampai level 9. masa ini siswi tu dah cakap yang dia sakit, dalam aku tengah mencari ahli BKK, siswi tu pengsan and end up tak boleh berjalan. maka aku diberi tugasan untuk menghantar dia balik ke bilik. sebabkan itu first time aku, aku pun macam risau giler dekat budak tu. nak tinggalkan dia jer pun rasa bersalah tapi dia kata ok jer. aku pun ok lah. next, aku baru nak rehat masa tu tiba-tiba ada orang panggil, minta tolong angkatkan budak...OHMAIIIIII... siswi ni kaki cramp, memang tak boleh gerak. tapi siswi yang ni mudah terhibur. dalam sakit pun boleh gelak lagi. rasa nak marah tu ada tapi lama-lama aku pula yang terhibur..hahaha

LAST DAY MDS!

malam tu ada sesi bersama pm-pm. agak sedih jugalah malam tu. kami dan siswa siswi nyanyi sama-sama, pm-pm kenalkan diri dan ada suprise untuk pm lama daripada pm baru. kami nyanyi lagu flashlight, terakhir. untuk pm lama...kami naynyi lagu pergi (aizat). sedih masa ini, dia orang pun terkejut sebab pm baru suruh turun pentas, acah-acah nak ambil alih pentaslah ni. hahaha..dan kami nyanyi. sebak gaklah masa tu. semua orang menangis. sebab pm lama kebanyakkan dah nak graduate & last sem. kami buat sebab kami buat untuk appreciate pm lama yang dah banyak tolong pm baru. sebab sem ni mostly yang masuk pmds adalah orang baru so bila ada orang lama yang sanggup bantu..rasa terharu sangat. alhamdulillah rancangan ini tidak dapat di kesan oleh pm lama sebab kami guna nama wasap group SMK AYER DALAM
(maaf video boleh search youtube;

MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UiTM LENDU JUN OCT 2016)




thank you  siswa / siswi yang support kami


here are some memories yang aku berjaya ambil. tak mampu letak banyak-banyak..huhuhu:

semua pm tolong BTTK siapkan file hijau

UiTM Alor Gajah x UiTM Jasin

Pelajar semester 1

ini masa kemas-kemas konon nk selfie atas lori tapi lori dah gerak dulu..huhu

main rugby di klebang

Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Menteri Melaka






sorry Amir & King. nampak cute sangat korang berdua..hehehe

menuju ke dewan taming sari!









sesi heart to heart

muhsin feeling aizat. hahah..sorry sin


gigih nak bawa starter kit

BTTK in action

terima kasih semua untuk segala memori yang kita cipta bersama. terima kasih sebab sudi terima sab dalam keluarga yang besar ini. dekat sini sab kenal ramai orang, sab mampu tegur orang yang dulu sab tengok jer. terima kasih king & kak ds sebab korang berdua caring sangat and comel (especially bila king senyum & tak nampak mata...hehehe). terima kasih kak jie untuk segala tunjuk ajar dalam BTTK. terima kasih barisan MPP especially Black sebagai penyelaras PMDS kali ini. the best penyelaras ever. walaupun penat tapi still sanggup luangkan masa dengan kami. terima kasih HEP sebab pinjamkan stapler (aku tak pasti stapler Kak Ziela & Kak Ju dah pulangkan ke belom). terima kasih to my roommates sepanjang PMDS ; jeck, chepah & fai...bilik yang selalu memekak pepagi buta & pasti akan bercerita every night walaupun semua penat giler nak matihhhh. hahhaha... terima kasih untuk segala teguran daripada kak aina, nabil, john, nuar & semuanya lah yang sudi menegur salah silap kami. terima kasih BPI untuk kejutkan solat subuh & always ingatkan solat ; ayu especially yang tak kenal erti putus asa kejut aku (ingat tak pagi tu semua orang letih  & ayu pun sama...ayu still kejutkan sab sampai ayu tertidur balik..hehehe. niat dalam hati nak tidur jer tapi bila tengok ayu dah letih aku pun bangun je la. kat masjid pun boleh tidur kot..hehehe). terima kasih semua. terima kasih sebab bagi ruang untuk kita mengenali satu sama lain. tanpa korang mesti rasa stress jer. terima kasih kepada semua pm kerana kesanggupan untuk bantu BTTK untuk menyiapkan 2000 file dan starter kit. sejujurnya sampai sekarang sab susah nak move on. masih teringat lagi aktiviti kita. sab bukan lah jenis yang kuat bercakap dengan orang yang sab tak rapat. maaf kalau ada yang terasa sebab sab tak tegur & tak ingat nama. hehehe... banyak nak bagi tahu tapi nanti nangis..huhuhu. biarlah sab simpan sendiri. hihi

pesanan untuk siswa/siswi semster 1 :

kami tahu, awak tak ingat wajah-wajah kami. tapi kalau yang ingat tu jangan angkuh. senyum pun dah ok. (sebab senyuman awak manis macam susu pekat manis). ingat pesan mak ayah masa mula-mula masuk U. pandai-pandai jaga diri. hormat orang lain, nanti orang hormat awak. rapat-rapatlah dengan senior (kot dia nak jual buku boleh dapat half price...hehehee). hormat lecturer. jangan asyik ponteng kelas jer. nanti carry mark rendah susah woooo nak survive paper. hurm...pesan banyak-banyak nanti di kata mak nenek. k fine.. bhoiiiiii

salam sayang, sab.

kerana banyak sangat benda nak cerita, aku compile kan dalam satu puisi ;



ada suatu hari itu
mereka menghulurkan tangan
cuba gapai kami
--yang masih dikhayalan

ada suatu hari itu
mereka memberikan semangat
ingin genggam kami
--yang hanyut ditelan lautan

ada suatu hari itu
mereka menyambut kami
dengan penuh senyuman
dengan 1001 harapan
dengan hati kesabaran

dan setelah hari-hari itu berlalu

kami disini
sikit tidak gentar
sikit tidak goyah

kerana ada mereka
di setiap penjuru kami berdiri

teguh disisi ini 
berpegang erat atas nama keluarga 

mereka kata
jika satu jatuh
kita sama hulurkan tangan
--sambut.
jika satu menang
kita sama junjung piala
--semangat

meski
kita dari sisi berbeza
kita dari adat berlainan cara
kita dari darah tidak sealiran ateri dan vena

kita keluarga,
PMDS.

-SR-





p/s : 

  • maaf kepada pemilik gambar, sab guna gambar awak..hehehe
  • maaf kepada mereka yang tiada di dalam setiap gambar
  • maaf gambar tak banyak..hehehe
  • banyak sangat nak cerita sampai tak tahu nak taip apa...huhuhu
  • nak letak gambar lagi tapi stoner tak bagi gambar lagi...huhuhuuuu #stonernakgambar


I LOVE PMDS









No comments:

Post a Comment