Tuesday, July 12, 2016

Duit Raya







SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN !


dah raya uolls! lambat sangat ke aku wish?? tak apa...raya sebulan, kan? apa salahnyaahaaah onion head bila dah masuk bulan raya yang mulia ini confirm nak ceghita (cerita) pasal rayalah, tak akan aku nak cerita pasal ayam golek pula. mmmm..ayam golek sedap hehehe serenade onion head

apa cer raya kau orang semua? mesti best kan.. harap begitulah. yang kena kerja tu..redha je la. raya sebulan, mintalah cuti dalam bulan raya ni yer. yang mana nak exam naik raya tu, tabah aje lah. yang mana kelas dah mula tapi tak jumpa jalan balik kolej, rasanya dah boleh buka Waze. yang mana dah naik belajar tu...sama-samalah kita menempuhi sem ini dengan jayanya (pesan pada diri) studying onion head


bila bercerita pasal raya ni, mostly 'kanak-kanak' ribena seperti aku ini akan mempersoalkan tentang duit raya, tak kisahlah dia tu umur berapa sekali pun.

bila dah kerja persoalan duit raya jadi cenggini :

"hurm...berapalah aku nak bagi budak-budak ni nanti??  dah beriban duit aku habis" wait onion head

bila kau masih belajar & berstatus kanak-kanak :

"weyyy... pak long bagi berapa??"wow1 onion head
"weyyy..kau dapat berapa??"wow2 onion head
"weyyyy mak aku bagi RM XXXXX"uhuhuh onion head
"weyyyyyyyy banyak gila duit raya aku !"  uhuhuh onion head


tetapi mereka yang berbadan 'sasa' seperti aku ni  aka jadi macam ini :

"ciiiss...tak dapat duit raya tahun ni sebab dia ingat aku dah kerja" stoned onion head


bila datang bab duit raya memang berbagai cerita tak kiralah daripada yang memberi kepada menerima. dan aku pun ada kisah tersendiri pasal duit raya ni. nak tahu?? kenalah baca sampai habis victory onion head

tadi aku balik daripada kelas, berjalanlah dengan beberapa orang classmates aku yang membuka cerita pasal duit raya. aku pulak menjadi pendengar cerita dan cuma sesekali aku menyampuk. ada yang dapat RM300 laah 30k la 30b lah...ehhhhh tipu je yang k & b . hehehe,.. adalah mereka dapat daripada family & saudara mara. rezeki. Alhamdulillah. 

aku ini, daripada raya pertama sampailah petang tadi, aku tak ada buka pun sampul duit raya yang aku dapat tak sampai 50 keping tu. malas nak mengira, dalam otak nak simpan jer. tapi entah mengapa petang tadi tiba-tiba teringin nak tahu duit raya aku berapa, aku keluarkan daripada sampul satu persatu. sampul pertama RM 5 , sampul kedua RM 3 dan seterusnya yang aku nampak hanya helaian kertas plastik berwarna biru dan beberapa helai kertas plastik berwarna hijau. silence onion head

tapi berhusnozun juga semampu yang boleh, aku kira... sweetdrop onion head (tak yah lah cerita berapa)

mula-mula tu memang susah nak terima yang duit raya aku tu tak adalah macam orang lain.. mewah kaya raya bau duit aje memanjang. tapi lama-lama aku fikir, aku masih tak dapat terima nonono onion head because of that, i decided untuk bagi tahu mama (apa entah function nak bagi tahu mama..dapat duit extra idok ler dapatnya tapi bila bagi tahu mak ni..feeling dia berbeza walaupun macam tak berbaloi pun bagi tahu pasal benda tu) 

mama pesan..bersyukur, Alhamdulillah, rezeki jangan tolak.
(itu aje)

bila aku fikir semula.. kan apa salahnya kalau aku terima seadannya apa yang aku dapat. mungkin aku tak dapat duit raya beratus berpuluh daripada mama & baba / nenek tapi apa yang mereka bagi untuk aku itu sudah cukup bagus. daripada dulu duit raya aku, sama macam sepupu lain dapat daripada mama. duit raya aku, apa yang baba dah bagi. duit itulah yang bayar kelengkapan raya. walaupun kadang-kadang aku bising sebab nak juga merasa macam sepupu aku rasa daripada parents dia orang bagi (biasalah budak) 

kita selalu marah budak yang datang rumah jer terus minta duit raya, dalam tak sedar kita sama jer macam dia orang. datang rumah orang bukan sebab ikhlas tapi sebab duit. bukti?? tengoklah bila kau tak dapat duit raya dekat mana-mana rumah...mesti kau merungut, kan? so...apa beza kau dengan budak yang jujur nak duit raya?  
ya. memang betul kebanyakkan rumah itu menyediakan duit raya tapi apa salahnya kita ikhlas & menganggap pemberian itu sebagai satu sedekah lalu kita mendoakan untuk mereka yang memberi. kalau mereka beri sedikit pun kena bersyukur. bukan selalu kita dapat macam ini, kan? 

nak tahu apa lebih berbaloi daripada duit raya?? MEMORI

memori itu kau ingat sampai mati.
memori itu kau cerita sampai basi

diantara memori itu
ada yang kau gelak 
--macam tonton Maharaja Lawak Mega
ada yang kau sedih 
--macam lihat Kabhi Kushi Kabhi Gham
ada yang kau jatuh
--macam tika kau jatuh basikal
ada yang kau panas
--macam perit telinga kena pulas

hahaha

memori
apa yang boleh aku pegang selain itu?

kerna
orang yang kau sayang akan pergi
yang kekal hingga mati
cuma memori.

-SR-


p/s :

Arrows mini graphics  semua gambar adalah sumber ihasan google
Arrows mini graphics terima kasih sudi membaca 



No comments:

Post a Comment