Saturday, November 19, 2016

Sambut, Jangan Baling

Image result for assalamualaikum png

yuhuuuu awak di sana! saya disinilah..!! eheheh.. ada-ada saja tuan blog ni. apa khabar semua? harap anda semua sihat sahaja disamping mereka yang  tercinta. dah lama rasanya tak update blog, biasalah busy siapkan assignments. huhuhu padahal ada jer free time nak update blog tapi dia punya malas tu.....sampai otak pun malas nak karang ayat. hahaha (plis..jangan kecam)

okokok..apa sebenarnya maksud post aku kali ini? sambut? sambut apa?? 

sambut hati saya lah...cia ci ciaa

hahhaha..dah habis musim cia cia cia k. huh!

cerita dia macam gini... ingat tak aku ada masuk PMDS Jun-Oct 2016 , aku masuk PMDS sebab aku calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar a.k.a Calon MPP UiTM Kampus Alor Gajah. baru-baru ini, UiTM Lendu telah menjalankan PRK a.k.a Pilihan Raya Kampus, bukan pilihan raya ke-14 tau. hehehe 

dan dengan itu, aku merupakan salah seorang betanding bagi Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan *bunyi mercun* eceh ecehhh.. bangga le tu tuan blog. feeling tu memang ada bangga riak takabur..perghh kembang hidung bila muka ini terpampang dekat facebook fakulti uollsss. ASTAGHFIRULLAHALAZIM !!!! istighfar sab istighfar! betulkan niat, betulkan niat.

biasalah manusia bila dapat sikit, dia punya kembang tu mengalahkan dapat emas sekilo. betul, memang ada sikit feeling macam tu tapi dalam pada masa yang sama, kepala aku ini berdenyut jer fikir kerja tak siap, kalau menang boleh ke bawak tanggungjawab besar giler macam tu. nak urus diri pun bermasalah, bilik pun macam sarang tikus.. ini kan pula nak galas tanggungjawab untuk menjaga UiTM dihatiku. huhuhuuuu setelah itu dia punya penyesalan semakin meanjadi-jadi.

MENYESAL? kenapa?

memang benar, seronok bila kita taip nama lepas itu ada jawatan dibawahnya. tapi seronok ke nak galas tanggungjawab dan amanah yang diberikan. tak seronok beb, tak seronok. tapi macam mana kalau dapat? kalau dapat? dapat? apa boleh buat, aku terima seadanya dan jalankan tanggungjawab itu sebaik mungkin. gittewwww. yup! itu prinsip aku, 

kau nak ke tak nak ke, kau dah dapat. kalau kau menangis air mata darah sekalipun bukan kau boleh campak tanggungjawab tu dalam longkang ke plastik sampah ke

Pada 19/9/2016, berlangsunglah Majlis Penamaan Calon. Seramai lebih 20 orang pelajar UiTM Kampus Alor Gajah a.k.a UiTM Lendu layak bertanding yang terdiri daripada pelajar diploma dan degree. dan pada petang itu, calon-calon telah dibenarkan berkempen sehingga 20/9/2016 jam 11.59 malam. 

haa..! part berkempen inilah yang membuatkan aku seronok sikit & hidup aku haru biru. huhuhu tak taulah gambaran dia macam mana hidup haru biru aku. sampai roommate aku cakap, "aku dah lama tak bercakap dengan kau. kau pergi kelas pagi aku tidur, kau balik pun aku tidur. kadang balik pun sekejap." termasuk assignment yang berlambak menimbun *itulah masa cuti, tak nak buat..padan muka!*

malam itu, aku keluar dengan fai, pergi print poster dekat luar. lepas itu, aku pergi menampal poster dengan calon-calon Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan (fphp), yaya, wani & yuki serta turut dibantu oleh sahabat-sahabat tercinta. fai kata nak siap assignment so dia tak dapat join (fai pun wakil fphp)




kesian lily 
overtime guys!





gantung poster sana sini


muka sendiri..huhuhu

first time seumur hidup aku duduk dekat kpp sampai pukul 1 pagi semata-mata untuk pasang poster sahaja. terima kasih buat sahabat tercinta, lily sebab sudi melayan kerenah aku memasang poster sehingga nak termuntah tengok muka aku. hahaha, serius nak muntah tengok muka sendiri! hahaha ... esok pagi tu nak pergi kelas, segan gilerlah!

giler tak segan?! dah lah aku tak dikenali & dalam ramai-ramai calon, orang selalu cakap macam ini kalau aku bagi tahu aku fphp "tak pernah nampak pun" huhuhu..dan aku memang penyegan. eh, yeke? serius! sampai nak pergi kelas, kalau boleh nak pakai purdah. gitteww uollsss!

nak tengok poster aku? boleh..boleh jangan gelak!




cantik tak?? hehe. edit guna apa?? powerpoint jer. senang kerja aku, huh!

back to the story. apa tadi  story aku? just joking...hehehhe. 

20/9/2016 jam 9 malam. kami, calon-calon ada Majlis Rapat Umum. apakah itu? majlis rapat umum adalah satu platform dimana para calon hendaklah membentangkan manifesto mereka. ok, MANIFESTO. apa pulak menatang ni? mengikut kefahaman aku, manifesto adalah janji-janji manis yang kau taburkan pada pengundi-pengundi. ehhh?? jahat pula rasanya. mmmm rasanya lagi bagus kalau uolls search sendiri. menambahkan ilmu pengetahuan kan. 

apa yang penting dalam manifesto?
--- kau orang kena ingat yang manifesto ini janji-janji yang kau. janji kena tunaikan kalau tak orang tuntut, tak tuntut dekat dunia, dia tuntut dekat akhirat. pastikan manifesto kau itu realistik  & boleh dicapai setelah melakukan pelbagai penyelidikkan. PENYELIDIKKAN? Nak selidik macam mana? Contoh; kau mengusulkan untuk membuat eskalator dekat laluan yang berbukit contoh di Lendu, bukit tonggek. kau rasa realistik ke? memang realistik sebab dekat china ada satu eskelator untuk daki bukit. kau rasa boleh capai ke? tanyalah bendhari uitm cawangan, tanya pendapat timbalan rektor, senior, siasat dulu berapa kos etc. kalau siasatan kau mengatakan boleh, and then kau bolehlah lontarkan idea tu. TETAPI kalau siasatan kau pun tak seberapa, ramai tak setuju, tak payahlah jadikan manifesto. fikir idea lain, something worth untuk membangkitkan anak bangsa. ecehhh gituuu!



masa aku sibuk dok cari idea untuk manifesto...banyak kali aku fikir apalagi yang perlu dibaik pulih dalam lendu ni? bab yang memerlukan duit, tak boleh sebab duit uitm tak ada. memang banyak jalan yang kena baik pulih tapi benda tu semua biasa-biasa sangat. kolej? apalagi yang tak ok pasal kolej? lengkap serba serbi. keadaan bilik belajar? duit lagi. turap jalan, duit lagi. duit duit!! nak suruh gotong royong bukan nak pon, tahu complaint je. masa ini memang stress giler sebab awal-awal dah cakap jangan sentuh soal duit. nak baiki itu ini semuanya duit. bila fikir-fikir balik, yang dah ada sekarang pun dah ok. kolej ada, cafe setiap zon ada, nak pergi kelas jauh, shuttle ada. kerusi, meja & aircond setiap kelas semua ada,nak wifi dekat library. tetapi adalah beberapa yang tak ada, wifi setiap kolej, jalan tak berturap etc. satu benda saja kena pengang bersyukur dengan apa yang ada. ada masa kita kena usaha untuk cari sendiri, janganlah asyik tadah je. ayahman pesan instant of fikirkan baik pulih all those common things, we should think out of the box untuk membangunkan anak bangsa ke arah glokal (global dan lokal). menurut kefahaman aku anak bangsa yang diterima pemikiran mahupun kejayaan bukan sahaja di peringkat antarabangsa tetapi juga boleh diguna pakai untuk negara sendiri. macam gitulah. 

so apa manifesto aku? aku pun dah lupa. hahaha


21/9/2016 8.30pagi - Hari Mengundi

inilah hari yang mendebarkan. 8.30 pagi calon-calon hadir untuk memeriksa sistem & membuang undi. undian dibuat melalui komputer so tak adalah berlakunya undi rosak etc. pergi kelas pun berdebar-debar nak tahu berapa undian. ada ke orang undi aku ada ke ta. kalau tak ada mesti malu. huhu...

dalam pukul 5 petang macam gitu, calon-calon hendaklah berkumpul di dewan bendahara untuk keputusan undian. ini yang paling berdebarkan, jantung masing masing dah macam lari 400 meter. selang beberapa fakulti, keputusan bagi FPHP pun keluar. masa tu jantung aku tak jadi tercabut. hahaha sebab aku tak menang. entah kenapa happy pula aku tak menang. mungkin memang aku tak nak menang kot. iyalah esok nak hantar report, report hapa tak buat. kalau menang, malam tu ada mesyuarat dengan rektor. huhuhu. aku happy gak sebab kawan-kawan aku yang lain menang. tengok reaction masing-masing masa dapat tahu dia orang menang...lawak gilerlah! lagi-lagi fai. hahaha..tercengang habis! ingat lagi sebelum rektor umumkan calon fphp, fai cakap-cakap,tetiba rektor umumkan nama dia menang terus tercengang, berapa kali kita orang goyangkan badan dia, still tercengang pastu dia terus berdiri pergi pentas. lol. *sorry fai..hehehe*

habis majlis, aku pun balik dengan hati yang riang. balik jer terus jerit dalam bilik "yeayyy aku tak menang!" pikah terkejut tengok aku. hahaha

tak sedih ke? cemburu ke?

tipulah tak sedih & cemburu. memang ada selit rasa sedih,cemburu, sakit hati etc. bila dia orang upload gambar dekat insta, rasa pedih sangat. 

tapi...life must go on. aku ambil positive side dengan apa yang jadi. sepanjang journey untuk bergelar calon MPP.  aku pergi kem sana sini, aku tak balik dengan tangan kosong, aku balik dengan akal yang di isi ilmu. aku dapat tahu siapa diri aku dan sampai mana ketahanan diri aku. macam dekat sedanan, naik bukit bawak ayam, sampai jatuh tergelincir,lalu tepi tebing, turun bukit serorang diri malam-malam buta dengan ditemani cahaya bulan, siapa sangka aku dapat buat. 

masih tak dapat terima? kena ingat semua ini urusan Allah, kita dah usaha sebaik mungkin tapi Allah yang tentukan sebab Allah lebih mengetahui hambaNya. seek for another opportunity, maybe masa degree kau bertanding, kau menang. who know. siapa tahu masa kau senang dapat keja, senang naik pangkat. we never know the future. rezeki kau mungkin bukan disini mungkin di tempat lain atau mungkin di akhirat.




apa main point aku sebenarnya?

journey aku bermula daripada aku dengan sukarelanya mengisi borang JPP. kemudian aku memasuki PMDS dan seterusnya perjalanan aku untuk diumumkan sebagai Calon MPP FPHP dibadai ombak. kursus sana sini, assignment tak siap. sehingga pada hari keputusan, aku kalah. tapi aku dah puas. sebab apa? sebab aku sambut peluang yang ada, aku tak sia-siakan peluang yang ada. buat pertama kalinya dalam diri aku, ini pencapaian yang begitu hebat walaupun hanya sekadar calon. memang cita-cita aku daripada dulu mahu jadi barisan yang tertinggi tapi aku menolak peluang yang dulu pernah aku dapat. semuanya kerana malu. Alhamdulillah keputusan untuk mengisi borang JPP dulu bukan satu penyesalan. kalau aku tidak isi borang itu dulu, aku mesti terpingga-pingga. aku mungkin tak kenal fai, zarina, chepah, jeck & sahabat-sahabat yang lain. 

peluang tidak selalu datang, bila peluang itu datang, sambutlah. jangan kau baling, jangan kau buang. rebut peluang yang ada depan mata. pedulilah dengan apa yang orang nak cakap. kena ingat yang kau berjuang untuk diri kau, bukan untuk orang lain. yang nak berjaya kau, mereka yang berkata dan mengata hanya manusia mahu lihat kau jatuh tersungkur. peluang yang kau dapat, jangan sia-siakan. berusahalah sehabis mungkin untuk capai kejayaan yang kau inginkan. jangan berhenti sebab peluang itu mungkin hadir sekali seumur hidup.


appreciation post:

berjuta penghargaan ditujukan kepada pihak HEP UiTM KAG sebab bagi peluang kepada saya untuk menyertai calon-calon MPP, memberi bimbingan dan ilmu. Ayahman& Encik Wan terima kasih banyak-banyak untuk segala bimbingan & melayan kami sepanjang kursus-kursus, hari penamaan calon, hari berkempen dan hari mengundi. 

taniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Melaka yang baharu. semoga anda semua mampu membawa delegasi UiTM dengan penuh amanah dan dedikasi. taniah pada sahabat-sahabat yang menang fai, yuki, zarina, orked , shafiq, luq, izzy & semualah. taknaklah takut-takut kau orang. aku doakan semoga semuanya berjaya. amin. 



p/s

😁 entry sebenarnya dah berkurun aku draft-kan, dah penghujung cuti baru rajin nak taip balik. hehehe

😁 haihhh tiba-tiba rindu pula dekat dia orang semua. 

😢 for PMDS Dec-April 2016/2017 ; aku dapat tawaran tu tapi maaf semua aku tak dapat hadir bukan sebab aku tak nak tapi sebab pak cik aku kahwin awal bulan 12, aku kenalah tolong nenek aku dekat rumah ni. maaf semua especially sahabat-sahabat yang nak sangat aku join one more time. In Syaa Allah ada rezeki kita jumpa.









No comments:

Post a Comment