Friday, April 21, 2017

Surviving

Image result for assalamualaikum png



jemputlah masuk rumah aku ini tapi maaflah dah berhabuk-habuk, sarang lelabah pun banyak. maklumlah masuk sem 4 aku busy & tak ada banyak masa untuk update, ditambah pula dengan perangai malas nak mampos sekarang ini. tapi Alhamdulillah tiba-tiba datang semangat nak update balik blog yang dah lama di anak tirikan. huhuhu

Image result for survive quotes

saja hari ini nak cerita pasal surviving, hidup ini memang kita kena bertarung untuk teruskan kehidupan, kau mengalahh, kau mati tengah jalan. thats how life work. tapi penat juga kan nak bertarung untuk bernafas sehari-hari? ada satu masa aku rasa nak merelakan hidup aku dibawa arus, aku tidak mahu masuk campur sedikit pun namun ada yang perlu aku pertahankan. pernahkan rasa macam aku?

biasa aku share info and sometime story yang best. kali ini rasa macam nak share something different. kalau macam post yang ini semua mesti macam heavy breathing and most of you trying to flashback all the hardship. kan? memang nak ajak flashback berjemaah pun. hahahha. bukan ada niat nak buat cerita sedih etc. tapi nak ajak kuatkan semangat. 

sejak melepasi semester 4, aku banyak belajar hal-hal kehidupan. selama ini tak belajar ke? belajar juga cuma kurang perhatian. pabila detik 12 tengah malam menandakan sudah masuk tahun 2017 dan usia aku meningkat setahun, 20, aku banyak tengok diri aku. calar-balar, luka, parut... aku tahu itu semua pasti bertambah dan akan adanya luka dalaman yang lebih parah. waktu itu aku berfikir sejenak, adakah aku mampu untuk survive?

Image result for survive quotes tumblr

pernah suatu masa itu, aku menangis sebab aku begitu takut untuk hadapi masa depan. bila terkenangkan semester 5 aku akan ada latihan industri menjadikan aku bertambah takut. aku tahu, aku bekerja, tidak belajar seperti dalam kelas, aku seorang. dalam kepala aku banyak sangat persoalan yang menakutkan. boleh ke aku kerja? macam mana kalau kerja aku tak bagus, bos tak suka? boleh ke orang dekat office tu terima aku?  dan dalam pada masa yang sama, segala negativiti tentang diri sendiri keluar. aku ini dahlah lembab buat kerja, kerja aku taklah bagus sangat, aku pasif. 

yes. semua itu keluar sebab aku terlalu takut. takut nak berdepan realiti, takut nak menuju ke peringkat satu lagi. kenapa? kenapa jadi macam ini? kerana aku sudah terlalu lama dalam comfort zone sehinggakan aku takut nak cabar diri sendiri, bagi aku semua perkara terlalu susah untuk aku capai, terlalu banyak alasan yang aku reka. semuanya demi mengelak dari mengambil cabaran.

orang selalu cakap kau tidak akan merasai kehidupan kalau kau tidak pernah jatuh. bagi aku, aku tak mahu rasa semua itu. aku takut untuk jatuh kerana aku takut aku tidak dapat bangun. sedar atau tidak aku banyak menggunakan perkataan takut? dan itu musuh aku sekarang.

Image result for survive and dont scared quotes

satu cara untuk mengatasi ketakutan adalah mencubanya. memang benar ketakutan itu pasti ada, dalam setiap benda yang kita lakukan. aku pernah takut untuk beli barang dekat kedai runcit seorang-seorang.  hahahaha... lawak? percayalah ada orang yang macam aku. we need to think less about the negativity and think more towards positiveness.

bila aku terlalu memikirkan tentang sesuatu itu tapi semuanya menjurus kepada pemikiran yang negatif, aku jadi sangat takut dan   give up. apa yang perlu dibuat? make more research and just go for it. cakap orang tere, kau mampu ke wahai cik sabrina? In Shaa Allah. Im learning to survive for my future and keep surviving. hidup kau senang macam mana pun, masih ada dugaan yang Allah turunkan. 

hidup bukan kisah dongeng seperti Hero Seorang Cinderella, Cik Bunga dan Encik Sombong atau Andai Itu Takdirnya. ada kisah di antara kita yang berakhir dengan tangisan dan ada juga yang sedang bangkit dari kekecewaan. lebih perit untuk kau ketahui bahawa kesengsaraan kau tidak akan berakhir walaupun telah dihadirkan kebahagian. 

Image result for survive quotes

bukanlah bertujuan untuk menakutkan tetapi ini juga pesanan ringkas buat diri aku sendiri, supaya aku sedar bahawa ini bukan masanya lagi untuk berada di zon selesa. di usia 20 ini,  aku perlu belajar untuk hidup seorang diri, berani dan jangan terlalu gentar. 

oh, minggu depan (25 April) aku dah start latihan industri, berdebar sangat rasanya. huhuu... doakan kejayaan aku ya di tempat praktikal. moga kalian sukses semuanya dan moga kita sama-sama survive menjadi seorang manusia yang berguna.


jangan mengalah, teruskan usaha untuk surviving. sayang kalian. 

No comments:

Post a Comment