Letusan Lava


Pelangi 
©SabrinaRazak2015

antara larik larik awan gelap
ada satu impian mentari
untuk teruskan dia menyinar

antara calar calar luka

ada satu kulit mulus
untuk teruskan dia tersenyum

antara manisnya dan masinnya

ada satu rasa masam
untuk teruskan kesedapannya


Salah

©SabrinaRazak2014



Otak aku bercelaru
Memproses segala sakit dan sedih
Membaiki segala duka dan lara
Menggelak segala iri dan dengki
Hingga hilang tawa
Mengalir air mata
Adakah semuanya satu kesilapan?

Biasa
©SabrinaRazak2014

Biar aku berjalan sendiri
Tidak usah temani langkah aku pergi 
Aku sudah biasa begini 
Berlari berjalan tanpa ditemani

No comments:

Post a Comment